Published 1:27 AM by

Kelantan vs Ayeyawady fc live streaming 30 April 2013

Saksikan pertembungan hebat Kelantan FA dengan Ayeyawady FC malam ini di tv9. Bermula jam 8.00 malam pastinya mendebarkan para peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong the red worrior. Bagi yang tidak berkesempatan menonton melalui tv, bolehlah melayari livesoccertv http://www.livesoccertv.com/teams/malaysia/kelantan/

untuk mendapatkan keputusan dan siaran live dari internet.

Read More
Published 4:27 AM by

apa yang menarik tentang galaxy S4?


Galaxy S4 merupakan salah satu peneraju telefon pintar yang dikeluarkan oleh Samsung. Samsung galaxy S4 Menggunakan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean, dengan skrin AMOLED 5 inci, ia menyokong paparan definisi tinggi (full HD) dengan resolusi 1920x1080 yang pastinya menjanjikan paparan terbaik dalam kategorinya. Diibaratkan oleh Samsung sebagai ‘teman hidup’,

 S4 diperkenalkan dengan sistem aplikasi yang mudah digunakan seterusnya memberikan lebih keseronokan. Namun, perkara utama yang menangkap minat terhadap keupayaan teknologi ini terletak pada pengenalan teknologi inframerah bagi mengesan sebarang pergerakan tangan di udara termasuk pergerakan mata. Setiap aplikasi boleh digerakkan tanpa menyentuh skrin. Menerusi penggunaan teknologi ini, anda boleh mendail, menjawab panggilan, mendengar muzik atau melayari internet tanpa perlu menyentuh skrin.
Selain itu, bagi membuktikan S4 ini berada dalam kedudukan tersendiri segmen telefon pintar yang mudah dan mesra pengguna, Samsung turut meningkatkan serta memperkenalkan beberapa aplikasi sedia ada tanpa perlu dimuat turun oleh pemiliknya. Antara aplikasi ini adalah sistem terjemahan sembilan bahasa yang berupaya menterjemah setiap perkataan yang diungkap oleh seseorang dikenali sebagai S Translator. Sistem sedia ada ini berfungsi sepanjang masa walaupun tanpa sambungan internet atau berada di luar kawasan isyarat telekomunikasi. Bagi anda yang gemar mengembara ke luar negara, aplikasi ini boleh diibaratkan sebagai sahabat penterjemah yang terbaik terutamanya jika anda tidak fasih dalam sesuatu bahasa. Sedar mengenai sistem penyimpanan yang selalunya menjadi tarikan individu tertentu, S4 ini diperkenalkan dalam tiga versi berbeza iaitu 16, 32 dan 32 GB selain ruangan simpanan kad memori yang menyokong sehingga 64 GB. Tidak cukup dengan itu, anda boleh menggunakan sistem Samsung HomeSync dengan had simpanan 1TB. Dengan sistem ini, anda tidak perlu lagi khuatir untuk menyimpan gambar atau video peribadi atau keluarga anda. Sistem ini juga boleh dikongsi dan dimainkan secara langsung pada televi syen menerusi aplikasi ‘Mirror Mouse’ iaitu S4 sebagai pengemudi manakala televisyen bertindak sebagai paparannya.
Read More
Published 1:12 AM by

Manifesto Pakatan atau BN, mana pilihan anda?

BN mengumumkan manifestonya malam semalam, manakala, Pakatan Rakyat (PR) bentang manifesto Februari lalu. Manakah pilihan rakyat Malaysia sebagai pengundi.

Sebagai rakyat yang diberi hak memilih, kita perlu sedia menilai secara rasional siapakah pemimpin atau parti yang layak diberi mandat mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Jika dilihat kedua-dua manifesto ini, terdapat persamaan ketara iaitu wujud pelbagai janji yang dilihat mampu menarik minat pengundi kerana ianya dapat memberi faedah dan pulangan kepada rakyat.

Sebagai contoh, usaha kerajaan BN untuk meneruskan program dasar transformasi 1Malaysia seperti menambah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM1,200 kepada isi rumah dan mengekalkan RM600 untuk bujang secara tahunan.

Selain itu, BN juga akan menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar serta membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.

Manakala bagi manifesto PR pula, fokus kepada pulangan lebih umum, seperti menawarkan harga minyak turun, menghapuskan tol dan pendidikan percuma.

BN dan PR juga mempunyai manifesto sama iaitu bina Lebuh Raya Pan Borneo.

Menerusi manifesto PR, lebuh raya ini akan menghubungkan Kuching sehingga ke Kota Kinabalu dan Kudat, manakala BN pula akan membina sejauh 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.

Antara perkara dilihat turut mempunyai persamaan antara manifesto PR dan BN adalah menurunkan harga kereta. BN berjanji kurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

PR pula menawarkan untuk hapuskan cukai eksais kereta dalam tempoh lima tahun agar harga kereta lebih berdaya saing serta membolehkan kereta dikeluarkan dengan harga serendah RM25,000 sebuah.

Selain itu, menerusi manifesto PR, bayaran royalti kepada negeri pengeluar minyak dan gas ditawarkan, iaitu untuk dinaikkan dari 5 peratus ke 20 peratus.

Manakala, BN pula berjanji untuk meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas daripada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

BN dan PR juga bersaing untuk membina rumah mampu milik kepada rakyat yang masih lagi tidak mempunyai rumah.

Menerusi manifesto BN, sejuta rumah mampu milik akan dibina dan digerakkan oleh sektor awam dan swasta, usaha ini termasuk untuk membina 500,000 rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Selain itu, BN juga akan memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.

PR pula berjanji bina 150,000 rumah mampu milik kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) dalam tempoh penggal pertama memerintah. Dalam memerangi gejala rasuah, kedua-duanya turut beri penekanan bantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini terbukti menerusi janji BN yang mahu memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan serta akan menubuhkan mahkamah sesyen khas rasuah dan mahkamah tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.

Manakala, PR pula akan perkenalkan Dasar Banteras Rasuah Negara (Debaran) yang mengandungi pendekatan bersepadu khusus untuk membanteras rasuah.

Secara keseluruhannya, kedua-dua manifesto ini mempunyai persamaan iaitu rakyat akan dapat pulangan jika janji ini ditepati. Sejauh manakah rakyat mampu menilai dengan baik, ini dapat dipastikan menerusi keputusan pada hari pembuangan undi PRU13. Sama-sama kita nantikan.

sumber; sinarharian
Read More
Published 12:55 AM by

Kelantan benam da nang Piala AFC


Juara treble 2012, Kelantan melonjak ke tangga teratas Kumpulan G Piala AFC 2013 selepas berjaya membelasah Juara Liga Vietnam iaitu pasukan SHB-Da Nang FC dengan jaringan 5 – 0 di Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu semalam.Kelantan bermula garang apabila Dickson memulakan pesta gol menerusi “placing” cantik kemudian Indraputra menceriakan lebih 15,000 penyokong dengan jaringan kedua buat The Red Warriors.Faiz Subri turut berada dalam senarai penjaring selepas menyumbang gol ketiga buat Kelantan hasil gerakan satu dua bersama Dickson.Faiz Subri sekali lagi cemerlang apabila hantaran beliau berjaya disambar oleh Petratos untuk menjaringkan gol ke-empat Kelantan.Pesta gol tamat minit ke 86″ apabila Kapten Kelantan, Badhri Radzi berjaya menjaringkan gol kelima buat Red Warriors.Keputusan Tamat : Kelantan 5 – 0 Da Nang FC.
Read More
Published 12:35 AM by

Parlimen dibubar untuk laluan PRU 13


Hari ini Parlimen dibubar secara rasminya dan sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet."Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.
Read More
Published 10:14 PM by

Chelsea kalahkan Manchester United dalam aksi Piala FA 2013



Juara bertahan, Chelsea menang ke atas Manchester United dalam aksi Piala FA di Stamford Bridge malam tadi dalam perlawanan suku akhir.
Penyerang Senegal, Demba Ba muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan skuad The Blues pada minit ke-49, sekali gus melayakkan diri ke separuh akhir buat kali keenam dalam tempoh lapan musim.
Skuad bimbingan Rafael Benitez itu dijadual bertemu Manchester City pada pusingan separuh akhir di Stadium Wembley 14 April depan.
Satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan Millwall dan Wigan Athletic yang berlangsung di stadium sama sehari sebelum itu.
Selain layak ke separuh akhir Piala FA, Chelsea turut mara ke suku akhir pada kempen Piala Europa dan mereka akan bertemu kelab Rusia, Rubin Kazan awal pagi Jumaat ini.


Read More
Published 6:12 AM by

Hadiah Menarik untuk dimenangi Ford Fiesta 1.6 Sport Ti-VCT



Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan 150,000 pengunjung akan menyertai Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2013 Edisi Khas ke-14 yang bakal berlangsung di Dewan 2020, Kangar, Perlis dari 20 hingga 27 April ini.
Selain menambah pengetahuan dalam selok belok pelaburan saham amanah, setiap pengunjung turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi aktiviti yang dianjurkan.
Antara hadiah utama ialah sebuah kereta Ford Fiesta 1.6L Sport Ti-VCT, sebuah kereta Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza ZHV Advance Version.
Read More