Juara bertahan, Chelsea menang ke atas Manchester United dalam aksi Piala FA di Stamford Bridge malam tadi dalam perlawanan suku akhir.
Penyerang Senegal, Demba Ba muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan skuad The Blues pada minit ke-49, sekali gus melayakkan diri ke separuh akhir buat kali keenam dalam tempoh lapan musim.
Skuad bimbingan Rafael Benitez itu dijadual bertemu Manchester City pada pusingan separuh akhir di Stadium Wembley 14 April depan.
Satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan Millwall dan Wigan Athletic yang berlangsung di stadium sama sehari sebelum itu.
Selain layak ke separuh akhir Piala FA, Chelsea turut mara ke suku akhir pada kempen Piala Europa dan mereka akan bertemu kelab Rusia, Rubin Kazan awal pagi Jumaat ini.