Published 4:27 AM by mobile262

apa yang menarik tentang galaxy S4?


Galaxy S4 merupakan salah satu peneraju telefon pintar yang dikeluarkan oleh Samsung. Samsung galaxy S4 Menggunakan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean, dengan skrin AMOLED 5 inci, ia menyokong paparan definisi tinggi (full HD) dengan resolusi 1920x1080 yang pastinya menjanjikan paparan terbaik dalam kategorinya. Diibaratkan oleh Samsung sebagai ‘teman hidup’,

 S4 diperkenalkan dengan sistem aplikasi yang mudah digunakan seterusnya memberikan lebih keseronokan. Namun, perkara utama yang menangkap minat terhadap keupayaan teknologi ini terletak pada pengenalan teknologi inframerah bagi mengesan sebarang pergerakan tangan di udara termasuk pergerakan mata. Setiap aplikasi boleh digerakkan tanpa menyentuh skrin. Menerusi penggunaan teknologi ini, anda boleh mendail, menjawab panggilan, mendengar muzik atau melayari internet tanpa perlu menyentuh skrin.
Selain itu, bagi membuktikan S4 ini berada dalam kedudukan tersendiri segmen telefon pintar yang mudah dan mesra pengguna, Samsung turut meningkatkan serta memperkenalkan beberapa aplikasi sedia ada tanpa perlu dimuat turun oleh pemiliknya. Antara aplikasi ini adalah sistem terjemahan sembilan bahasa yang berupaya menterjemah setiap perkataan yang diungkap oleh seseorang dikenali sebagai S Translator. Sistem sedia ada ini berfungsi sepanjang masa walaupun tanpa sambungan internet atau berada di luar kawasan isyarat telekomunikasi. Bagi anda yang gemar mengembara ke luar negara, aplikasi ini boleh diibaratkan sebagai sahabat penterjemah yang terbaik terutamanya jika anda tidak fasih dalam sesuatu bahasa. Sedar mengenai sistem penyimpanan yang selalunya menjadi tarikan individu tertentu, S4 ini diperkenalkan dalam tiga versi berbeza iaitu 16, 32 dan 32 GB selain ruangan simpanan kad memori yang menyokong sehingga 64 GB. Tidak cukup dengan itu, anda boleh menggunakan sistem Samsung HomeSync dengan had simpanan 1TB. Dengan sistem ini, anda tidak perlu lagi khuatir untuk menyimpan gambar atau video peribadi atau keluarga anda. Sistem ini juga boleh dikongsi dan dimainkan secara langsung pada televi syen menerusi aplikasi ‘Mirror Mouse’ iaitu S4 sebagai pengemudi manakala televisyen bertindak sebagai paparannya.