Published 10:55 PM by mobile262

SATRIA NEO R3 LEBIH KUASA



Bersempena dengan pelancaran Satria Neo R3, PROTON juga memperkenalkan pakej R3 khas untuk pembeli terawal Satria Neo R3, malah turut didatangkan dengan peningkatan prestasi R3 disasarkan khas untuk peminat sukan bermotor yang gemarkan gaya dan bahagian-bahagian prestasi bagi Satria R3 Neo.



Read More
Published 4:10 PM by mobile262

PERANCANG TENGAH SHAKIR SHAARI


Pemain tengah kali ini memang berfungsi dengan baik sekali. Kemasukan Shakir Shaari dalam perlawanan menentang laos tidak mengecewakan. Walaupun pada mulanya Shakir Shaari sebagai antara bintang yang tak mendapat tempat, namun kemasukannya membuktikan jentera tengah pasukan Harimau Malaya berfungsi lebih baik dengan melihat perlawanan menentang laos, Safiq banyak juga melakukan hantaran yang tidak tepat namun Shakir Shaari mampu mempertahankan kubu tengah. 

Sebab tu, kalau diperhatikan pemain Laos memang tidak berjaya untuk menembusi barisan pertahanan Malaysia. diharap Shakir Shaari akan membantu skuad Harimau Malaya dalam perlawanan seterusnya menentang Indonesia. 

Read More
Published 7:08 AM by mobile262

MALAYSIA VS LAOS 4-1


Tahniah atas kejayaan Harimau Malaya membenam laos 4-1. Peminat Ultras Malaya mampu menarik nafas lega, Sekurang-kurangnya kita mempunyai peluang untuk mara ke peringkat seterusnya. Misi seterusnya ialah menewaskan Indonesia.

Saksikan video jaringan gol pendahuluan Safiq Rahim..


Read More
Published 12:29 AM by mobile262

PEMAIN SQUASH AZLAN ISKANDAR BERTEMU JODOH



Akhirnya, Setelah 5 tahun  usahawan fesyen berjaya Yiu Lin, 33 dan pemain squash, ranking ke10 dunia, Mohd Azlan Iskandar, 30 bakal diijabkabulkan pada 8 Disember ini, dengan memilih lokasi di atas bukit iaitu resort serba indah dikenali Casabrina Villa di Raub, Pahang.

Pasangan popular yang sama cantik dan sama padan ini bakal disaksikan 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan rakan terdekat. Menurut Yiu Lin, yg telah memeluk Islam berkata majlis perkahwinannya itu nanti akan berlangsung dalam suasana tenang, berkonsepkan taman tetapi mempunyai citarasa organik dan tidak terlalu glamor.

Read More
Published 5:08 PM by mobile262

PENYERANG SENSASI MATYO SAH MILIK JOHOR



TERKINI, PENYERANG kontroversi, Norshahrul Idlan Talaha sah menyertai pasukan Harimau Selatan bagi musim 2013, selepas menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), di ibu negara. Sesi tandatangani kontrak diadakan secara tertutup di sebuah hotel, kira-kira jam 9 malam ini.
Perkara itu dimuktamadkan selepas beberapa jam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Pemain Paling Bernilai kali ketiga berturut-turut itu bebas untuk bermain dengan mana-mana pasukan musim depan.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim mengesahkan mengikat kemasukan penyerang sensasi itu bersama pasukan Johor.

sumber..sinarharian
Read More
Published 3:37 PM by mobile262

AWAS ANCAMAN LAOS!

Walaupun berada di rangking ke 179 dunia, namun kebangkitan laos begitu mengusarkan kita..apa taknya. dalam perlawanan menentang Indonesia mereka mampu mengikat 2-2 dan hampir mengaibkan pasukan garuda. Malam ini adalah penentuan hidup mati pasukan HARIMAU MALAYA, jangan jadi seperti sukan SEA 1997 di Jakarta mereka  mengalahkan kita 1-0 yang membawa kepada perletakan jawatan Wan Jamak Wan Hassan sebagai ketua jurulatih. Ayuhhh Harimau Malaya..

Read More
Published 3:22 PM by mobile262

PRU 13 TAHUN DEPAN!

Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mengesahkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan bulan depan meskipun dalam temu bual sempena Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, yang disiarkan kelmarin, beliau ada mengatakan musim hujan bukan halangan untuk memanggil pilihan raya.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengatakan perkara ini kepada ahli-ahli Umno pada majlis Taklimat Presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, petang ini sempena AGM kali ini.
"Datuk Seri Najib sudah mengatakan dengan jelas PRU13 bukan bulan depan. Beliau berkata 'oleh kerana ini majlis tertutup, saya boleh memberitahu (anda) pilihan raya bukan bulan Disember'... jadi, pasal pilihan raya, ini bayangan yang jelas, yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib,

"PRU13 akan diadakan tahun depan" sambil merujuk kepada tempoh sama ada antara Januari atau April, atau "dalam tempoh dua bulan selepas itu."

"Kita ada antara Januari dan April dan tambahan 60 hari lagi... itu kata Datuk Seri Najib," kata seorang lagi pemimpin bahagian merujuk kepada tempoh dua bulan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh pilihan raya.
Read More
Published 5:22 AM by mobile262

KEMALANGAN NGERI TOL SLIM RIVER


Lima maut manakala enam yang lain cedera dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan MPV dan lori yang membawa muatan beras di Km 372.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran plaza tol Slim River pada jam 7 pagi tadi.

Mereka yang maut ialah Poh Hock Huat, 60, dan Juvien Chim Yu Xuan, 12, dari Taman Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang; Pang Lee Si, 35, Taman Serdang, Serdang, Kedah dan Daphine Eng Yuik Yee, 14, dari Bagan Selatan, Butterworth, Pulau Pinang; Heng Choon Tee, 33, dari Butterworth.
    
Mangsa yang maut merupakan sebahagian daripada 11 penumpang yang berada di dalam kenderaan MPV jenis Hyundai Starex yang dalam perjalanan menuju ke Muar, Johor dari Parit Buntar untuk membuat persembahan di satu majlis di sana.
    
Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim DSP R.Supramaniam berkata kenderaan MPV berkenaan telah melanggar bahagian belakang lori 12 tan yang membawa muatan beras ketika lori itu berhenti di lorong kecemasan laluan lebuh raya.
    
"Lori yang sedang dalam perjalanan dari Jitra, Kedah untuk menuju ke Sungai Buloh, Selangor itu berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami tayar pancit," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim di Slim River hari ini.

sumber- Bernama
Read More
Published 3:29 AM by mobile262

KUBUR YASIR ARAFAT DIGALI?


RAMALLAH, Kubur Arafat digali bagi tujuan melakukan siasatan bagi mengetahui punca kematian sebenar bekas pemimpin tersebut.

Arafat meninggal dunia pada 11 November 2004 di sebuah hospital tentera di Paris, Perancis.

Rekod-rekod perubatan menunjukkan beliau meninggal dunia akibat pendarahan otak.

Bagaimanapun, pihak pendakwa raya Perancis membuka siasatan kematian Arafat pada Ogos lalu selepas stesen televisyen Al-Jazeera menyiarkan kenyataan pakar-pakar Switzerland bahawa bahan radioaktif polonium ditemui pada barang milik bekas pemimpin tersebut.

"Mereka (para pekerja) mula memindahkan konkrit dan batu dari bangunan kubur Arafat dan kerja-kerja akan berakhir selama hampir 15 hari," kata satu sumber Palestin.

Menurutnya, kerja-kerja penggalian akan dihentikan apabila bahagian yang hampir dengan tempat mayat Arafat ditanam ditemui.

Mayat Arafat itu tidak akan dialihkan sehingga ketibaan anggota pendakwa raya Perancis, pakar-pakar Switzerland dan para penyiasat Rusia.

Perancis telah menamakan satu panel hakim untuk melancarkan siasatan terhadap kematian Arafat.

Hakim-hakim tersebut akan melawat bangunan kubur bekas pemimpin Palestin itu. - Sumber blog 
Read More
Published 11:10 PM by mobile262

APPLE TV DILANCARKAN TAHUN DEPAN

Bagi peminat dan pengemar peranti apple..ini mungkin yang ditunggu-tunggu. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai  Apple Inc dikatakan sedang membangunkan televisyen yang akan didatangkan dalam dua saiz, 47 dan 55 inci sekali gus dijangka menjadi peranti yang paling dihajati sebagai hadiah menjelang musim perayaan hujung tahun depan. 

Mmm macam maner agaknya tv apple..mesti canggih! Harga tidak dinyatakan .
Read More
Published 10:42 PM by mobile262

PENYOKONG ULTRAS MALAYA MENGAMUK


Ini yang berlaku, anak buah Datuk K Rajagobal dikepung penyokong sendiri ketika mahu keluar dari Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin kerana tidak tahan dengan kekalahan memalukan pada aksi pertama Kumpulan B di tangan musuh tradisi Singapura 0-3. 

Namun RGL Masih lagi dengan Misi misi mempertahankan kejuaraan biarpun mengakui ia tampak sukar.
Adakah pengendali berusia 56 tahun itu masih mempunyai sentuhan magis ketika Malaysia kalah 1-5 pada aksi pembukaan di tangan Indonesia pada 2010?

Sama-sama kita saksikan!. adakah pasukan kendalian Rajagopal sekali lagi mengulangi sejarah atau sebalik?. Apapun sentuhan magika RGL diharapkan berhasil kali ni. Diatas kertas Harimau Malaya memiliki peluang yang cerah menewaskan pasukan Laos. 

....namun diingatkan "jangan memperlekehkan lawan"..
Read More
Published 9:21 PM by mobile262

ZIZAN MENERIMA ANUGERAH URBAN SHOUT AWARD!

Zizan Razak terbukti berjaya menarik undian daripada semua lapisan masyarakat juga umur apabila dia dinobatkan penerima anugerah bagi dua kategori di Shout! Awards 2012 baru-baru ini.
Read More
Published 8:58 AM by mobile262

Skuad Harimau Malaya elak bertemu wartawan


Kekalahan kepada Pasukan Singapura memberi tamparan hebat kepada harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan. Tamparan hebat bermula sejak perlawanan persahabatan lagi. dan bagaikan sudah dijangkakan keputusan 3-0 memeritkan bukan sahaja untuk pemain malah untuk seluruh peminat HM. Walaubagaimanapun perjuangan belum selesai kerana malaysia masih lagi berpeluang sekiranya berjaya menang dalam pertemuan dengan Laos dan Indonesia.
Read More
Published 8:43 AM by mobile262

Jadual Gaji 2013


Tahun 2012 belum lagi berlabuh tirainya..namun di blog-blog, fb, mahupun twitter ramai yang mencari jadual pembayaran gaji 2013. Sila rujuk di bawah sana ..untuk panduan semua yang makan gaji..yang tak makan gaji, abaikan.

Read More
Published 8:26 AM by mobile262

Boikot Produk Israel


Kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin semakin melampaui batas keperimanusiaan. Tindakan mereka mengebom orang awam adalah disengajakan..untuk penghapusan rakyat palestin.
Read More
Published 4:08 AM by mobile262

Nabil Raja Lawak jadi Bapa.




Nabil dapat anak perempuan
NAZIRAH Ayub, isteri pelawak tanah air Nabil Ahmad, selamat melahirkan anak perempuan pagi 25 November 2012. Nabil ketika dihubungi memberitahu isterinya melahirkan anak melalui kaedah pembedahan di sebuah klinik di Shah Alam. “Doktor mencadangkan pembedahan memandangkan bayi sudah besar.

Alhamdulillah semuanya selamat, isteri pun sihat dan anak perempuan lahir pukul 8.40 pagi tadi,” katanya. Ketika ditanya berat anak pertamanya itu, Nabil menjawab, “saya hanya sempat tengok untuk iqamahkan tadi, jadi saya belum tahu berapa beratnya.”
Menurut Nabil, setakat ini nama bagi anaknya masih belum diberi. Bergelar bapa sudah tentu menjadi kegembiraan tidak terkata buat Nabil. “Saya gembira, rasa nak nangis pun ada bila tengok muka dia (anak),” katanya. Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga 30 September tahun lalu.

sumber. sinarharian

 gambar..dari fb Nabil..
Read More
Published 3:47 AM by mobile262

Sumpah Ariel Sharon 1956


"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan..."

Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.

“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).

Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa.


dipetik dari sinarharian
Read More
Published 3:25 AM by mobile262

JADUAL PERLAWANAN PIALA SUZUKI AFF 2012

Assalamualaikum disini saya lampirkan jadual perlawan untuk piala Suzuki AFF ..harap-harap pasukan negara lepas ke suku akhir/separuh akhir. hu..hu


24/11/2012 (Sabtu)
Kumpulan A
Vietnam vs Myanmar
6:30 PM
Stadium Rajamangala, Bangkok.
Live Astro Starsport 813
Thailand vs Filipina
9:20 PM
Stadium Rajamangala, Bangkok.
Live Astro Starsport 813
25/11/2012 (Ahad)
Kumpulan B
Indonesia vs Laos
6:00 PM
Stadium Nasional Bukit Jalil
Live Astro Starsport 813
Malaysia vs Singapura
8:45 PM
Stadium Nasional Bukit Jalil
Live Astro Starsport 813 / RTM1

Read More
Published 3:47 PM by mobile262

Harimau Malaya di Malukan digelanggang sendiri


Kekalahan 3-0 kepada Singapura @pasukan singa menyebabkan harimau malaya hilang taring dan perlu bekerja dengan lebih kuat untuk perlawanan seterusnya.

Read More
Published 6:41 AM by mobile262

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS SINGAPURA PIALA SUZUKI AFF 2012

Keputusan Malaysia vs Singapura 25 November 2012 Piala AFF Suzuki 2012 - Malaysia memulakan misi mempertahankan Piala AFF Suzuki dengan bertemu pasukan Singapore dalam saingan kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil. Berikut adalah keputusan perlawanan Malaysia vs Singapore.

Malaysia [ 0 ] - [ 3 ] Singapore
Read More