RAMALLAH, Kubur Arafat digali bagi tujuan melakukan siasatan bagi mengetahui punca kematian sebenar bekas pemimpin tersebut.
Arafat meninggal dunia pada 11 November 2004 di sebuah hospital tentera di Paris, Perancis.
Rekod-rekod perubatan menunjukkan beliau meninggal dunia akibat pendarahan otak.
Bagaimanapun, pihak pendakwa raya Perancis membuka siasatan kematian Arafat pada Ogos lalu selepas stesen televisyen Al-Jazeera menyiarkan kenyataan pakar-pakar Switzerland bahawa bahan radioaktif polonium ditemui pada barang milik bekas pemimpin tersebut.
"Mereka (para pekerja) mula memindahkan konkrit dan batu dari bangunan kubur Arafat dan kerja-kerja akan berakhir selama hampir 15 hari," kata satu sumber Palestin.
Menurutnya, kerja-kerja penggalian akan dihentikan apabila bahagian yang hampir dengan tempat mayat Arafat ditanam ditemui.
Mayat Arafat itu tidak akan dialihkan sehingga ketibaan anggota pendakwa raya Perancis, pakar-pakar Switzerland dan para penyiasat Rusia.
Perancis telah menamakan satu panel hakim untuk melancarkan siasatan terhadap kematian Arafat.
Hakim-hakim tersebut akan melawat bangunan kubur bekas pemimpin Palestin itu. - Sumber blog