Published 8:30 AM by mobile262

Raja Lawak 7 - Bora, Sakan, Wala dan Gamat Mara ke Final

Empat kumpulan iaitu BORA, SAKAN, WALA DAN GAMAT akhirnya berjaya menempatkan diri diperingkat akhir yang akan disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika serta Mustika HD (saluran 134), juara RL7 kali ini akan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan RM100,000 berserta trofi. Pengacara Jozan akan menjadi hos diperingkat akhir setelah Kumpulan Jambu mengantikan tempat mereka selama dua minggu berturut-turut.

Siapakah yang akan menjuarai Raja Lawak 7 kali ini? sama-sama kita saksikan di Astro Jam 10 mlm.
Berikut adalah kedudukan peserta selepas talian undian ditutup:

1. BORA - 25%
2. SAKAN - 21%
3. WALA - 21%
4. GAMAT - 19%
5. OKAY - 14%
Read More
Published 7:47 PM by mobile262

18 Blog Paling Popular di Malaysia

Berikut adalah 18 Blog Popular di Malaysia. Ini berdasarkan undian daripada bloggers dan juri yang dilantik. Seramai 170 ribu telah memilih 18 blog paling popular 2013 dimana undian dijalankan secara telus, dimana sistem pemilihan mengikut piawaian standard. Sekiranya anda rasa blog anda layak dinobatkan sebagai blog popular 2014, anda seharusnya mempertingkatkan usaha dari sekarang!

Berikut merupakan blog-blog yang terpilih dalam MSMW2013 baru-baru ini. Sememangnya yang terbaik antara yang terbaik.  Tahniah diucapkan.
  1. Favourite Auto Blog – ArenaKereta.com (PR2)
  2. Favourite Innovative Blog – Ariffshah.com (PR4)
  3. Favourite Business Blog – AbangEnsem.com (PR3)
  4. Favourite Celebrity Blog – ZarulUmbrella.com (PR3)
  5. Favourite Music& Entertainment Blog – SuaraPeople.com (PR2)
  6. Favourite CSR Blog – Kucing.my (PR2)
  7. Favourite Educational Blog – OhCikgu.com (PR2)
  8. Favourite Foodie Blog – PlacesAndFoods.com (PR3)
  9. Favourite Gossip Blog – BeautifulNara.com (PR4)
  10. Favourite Photography Blog – AzmanIshak.com (PR2)
  11. Favourite Gadgets Blog – Amanz.my (PR6)
  12. Favourite Political Blog – Stephendoss.blogspot.com (PR3)
  13. Favourite Shopping Blog – KZNabihah.com (PR2)
  14. Favourite Sports Blog – Legendnetball.com (P1)
  15. Favourite Travel Blog – FaizalFredley.com (P1)
  16. Favourite Lifestyle Blog – AkmaOmar.com (PR1)
  17. Favourite Micro Blog – HafizRahim.com (PR1)
  18. Most Creative Blog – Denaihati.com (PR4)
Read More
Published 1:48 AM by mobile262

Gambar Cristiano Ronaldo Berkopiah

Siapa tak kenal Ronaldo!, Cristiano Ronaldo merupakan pemain bola sepak Real Madrid yang dikagumi oleh peminat bola sepak di seluruh dunia. Apa yang menarik mengenai Ronaldo ialah dia menyukai ajaran Islam. Cristiano Ronaldo lahir di Funchal, Madeira Portugal pada 5 Februari 1985.Ronaldo boleh bermain diposisis sebagai pemain sayap kiri atau kanan serta penyerang tengah. Kini Ronaldo bermain untuk kelab di Sepanyol, Real Madrid dan untuk pasukan kebangsaan Portugal. Sebelum bermain untuk Real Madrid, dia pernah bermain di Sporting Lisbon dan Manchester United (MU).Media Sepanyol ‘Marca’ melaporkan jika Ronaldo satu pasukan dengan Mesut Ozil, pemain muslim berasal dari jerman yang berdarah turki ini, memberi kesaksian bahawa Cristiano Ronaldo sudah menghafal huruf hijaiyah, dan juga sudah menghafal surah kegemarannya, iaitu surat Al-Fatihah.Ronaldo membenarkan kesaksian dari Ozil, “Banyak yang tidak percaya kalau saya mengagumi Al-Quran, tapi memang begitulah kenyataannya, setiap Ozil membaca Al-Quran, saya sentiasa merasa damai, dan hati saya pun menjadi sejuk,” kata Ronaldo kepada Media Sepanyol.
Read More
Published 8:13 AM by mobile262

UPDATED - Keputusan Terkini Liga Super 2013

Berikut adalah keputusan terkini liga super 2013 setakat hari Jumaat 21 Jun 2013, menyaksikan Kelantan berada di kedudukan ke 6 selepas menewaskan Terengganu 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah jam 8.45 malam. Manakala Selangor menewaskan ATM 2-1, menyaksikan Selangor berada di kedudukan ke 4. LIONSXII masih lagi menawan tahta liga Super.
Read More
Published 5:05 PM by mobile262

Pemilik Laman Blog Jiwang ditahan.

Pengusaha laman web popular muat turun dan muat naik muzik secara haram, www.jiwang.org (JWG), yang mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sejak tahun 1997, akhirnya ditahan pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kelantan.

Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas sepasukan penguat kuasa menyerbu kediamannya di Kubang Kerian pada 11 Jun lepas.

"Laman web yang menawarkan perkhidmatan muat turun dan muat naik lagu-lagu Melayu telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman web JWG.

Read More
Published 7:22 AM by mobile262

Proton Perkenalkan kereta dengan harga Rendah Sabtu ini


BERITA BAIK untuk semua rakyat Malaysia. Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton akan memperkenalkan varian terbaharu daripada salah satu model kereta syarikat berkenaan dengan harga rendah yang mampu milik, pada Sabtu ini.

Berkuat kuasa tarikh berkenaan, pembeli yang berhasrat untuk membeli kereta varian baharu itu boleh menikmati penjimatan harga lebih daripada 10 peratus.

Mengumumkan berita itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, tawaran harga rendah bagi varian kereta Proton itu seiring dengan langkah kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat.
Read More
Published 9:44 PM by mobile262

Gambar kahwin Izzul Islam-Terkini


Anggota kumpulan Fourteen, Muhammad Izzul Islam Mazlan,24 atau Izzue Islam telah selamat dinikahkan dengan pasangannya Nurinafilah Waharudin,27 di Dewan N'dah Shah Alam di sini pada jam 9.45 pagi tadi.Dengan hanya sekali lafaz, Izzue telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit dengan maskahwin berjumlah 11 dinar.Izzue telah memberikan wang hantaran bernilai RM 11,11111 dan menyerahkan 7 dulang hantaran kepada isterinya itu, seterusnya di balas dengan 8 dulang hantaran daripada pihak perempuan.Cukup simbolik kerana tarikh pernikahan diambil sempena tarikh hari lahir Izzue yang ke 24 pada hari ini.
Read More