Published 7:22 AM by mobile262

Proton Perkenalkan kereta dengan harga Rendah Sabtu ini


BERITA BAIK untuk semua rakyat Malaysia. Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton akan memperkenalkan varian terbaharu daripada salah satu model kereta syarikat berkenaan dengan harga rendah yang mampu milik, pada Sabtu ini.

Berkuat kuasa tarikh berkenaan, pembeli yang berhasrat untuk membeli kereta varian baharu itu boleh menikmati penjimatan harga lebih daripada 10 peratus.

Mengumumkan berita itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, tawaran harga rendah bagi varian kereta Proton itu seiring dengan langkah kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat.