Published 10:02 PM by mobile262

PRK Bukit Gelugor



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mei tarikh penamaan calon manakala 25 Mei hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor. Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat khas penetapan PRK Bukit Gelugor, di Ibu Pejabat SPR.

Manakala tempoh kempen adalah 13 hari hari dan kaedah pengundian ialah mencelup jari kiri pengundi dalam dakwat kekal, sama seperti kaedah pengesahan digunakan pada PRK Balingian pada 29 Mac lalu. SPR akan menggunakan daftar pemilih induk 2012 pada PRK Bukit Gelugor.

Kerusi Parlimen Bukit Gelugor kosong selepas penyandangnya, mendiang Karpal Singh daripada DAP maut dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, dekat Gua Tempurung pada 17 April lalu.

Karpal yang juga bekas Pengerusi DAP memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu dengan majoriti 42,706 undi dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Teh Beng Yeam..sumber
Read More
Published 12:25 AM by mobile262

Pemain baru Kelantan Selepas Ketiadaan Obina dan Ghaddar


Kelantan sekali lagi membuat kejutan dengan menggugurkan penyerang berbisa Ghaddar dan pertahanan kental Obinna..dengan memasukkan muka baru, antaranya; Hussein Alaa Hussein dari Iraq..

Nama:
Hussein Alaa Hussein Al-Maksoosi

Tarikh lahir:
August 4, 1987 (26 tahun)

Tempat kelahiran:
Baghdad, Iraq

1.90 m (6 ft 3 in)

Kelab sekarang:
Bangkok United
Read More
Published 6:23 PM by mobile262

Kunjungi Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2014 di RTC Kelantan ; Peluang Menang Vios Baharu


Minggu Saham Amanah Malaysia, bermula hari ini dan berakhir pada 27 April 2014 bakal menjanjikan pengalaman yang berharga buat pengunjung dan juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

MSAM yang bermula 10 pagi hingga 10 bertujuan membolehkan rakyat mengenali lebih dekat peranan PNB dalam menggalak masyarakat merancang masa depan mereka dengan melabur dalam unit saham PNB.

Pengunjung bertuah akan menerima pelbagai hadiah termasuk sebuah kereta Toyota Vios (1.5) TRD Sportivo, motosikal, tablet, gajet Dan banyak lagi.

Cepat kunjungi RTC kota bharu hari ini juga...
Read More
Published 11:42 PM by mobile262

kedudukan Terkini Liga Super 2014


Berikut adalah Keputusan terkini liga super setakat 13/4/2014, selepas mengharungi siri-siri perlawanan. Pahang mengungguli carta liga dengan 25 mata, diikuti Selangor dengan 24, manakala Terengganu dan kelantan di kedudukan ketiga dan keempat. Perak dan ATM kekal ditangga tercorot liga.
Read More
Published 4:57 PM by mobile262

Untung Jadi Anak Che Ta


BMW X6 adalah hadiah istimewa Che Ta kepada anak Sulungnya apabila mendapat keputusan Cemerlang DALAM SPM..

Ini pasti mengembirakan anak sulungnya Ammar bakal dihadiahkan kereta mewah, BMW X6 atas kejayaannya memperoleh keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.

Memetik laporan akhbar tempatan, kereta tersebut merupakan impian Ammar sebelum ini
Read More
Published 4:14 PM by mobile262

Misteri Kehilangan MH370 Bakal difilemkan


PASUKAN produksi filem di Hollywood bakal menerbitkan filem versi insiden MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Penerbit Eksekutif filem thriller 'Red Eye', J.C Spink mengesahkan bahawa projek filem itu sudah mula dibangunkan oleh rakan-rakan sepasukannya.

"Kami sudah mula merancang filem ini, buat masa sekarang sudah ada 50 orang sedang menguruskan 50 buah projek yang berlainan bagi menghasilkan filem yang seakan sama dengan MH370.

"Ada sesuatu yang terjadi dalam penerbangan MH370, yang kita semua tidak tahu, misteri kehilangannya merupakan satu idea yang bagus untuk filem ini," katanya.

Walau bagaimanapun, menurut laporan The Star, penerbit filem dan salah seorang pengasas KRU Studio, Yusry Abdul Halim tidak akan memfilemkan tragedi MH370.

Menurut pengarah filem Vikingdom itu, tragedi yang menimpa MH370 merupakan insiden yang terlalu sensitif kepada keluarga penumpang pesawat terbabit.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya faham ia satu isu yang amat sensitif, tapi bagi studio di Hollywood mereka bebas untuk mengfilemkan kisah ini kerana ia tidak menyentuh sensitiviti mereka," ujarnya.
Read More