Published 10:02 PM by mobile262

PRK Bukit Gelugor



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mei tarikh penamaan calon manakala 25 Mei hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor. Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat khas penetapan PRK Bukit Gelugor, di Ibu Pejabat SPR.

Manakala tempoh kempen adalah 13 hari hari dan kaedah pengundian ialah mencelup jari kiri pengundi dalam dakwat kekal, sama seperti kaedah pengesahan digunakan pada PRK Balingian pada 29 Mac lalu. SPR akan menggunakan daftar pemilih induk 2012 pada PRK Bukit Gelugor.

Kerusi Parlimen Bukit Gelugor kosong selepas penyandangnya, mendiang Karpal Singh daripada DAP maut dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, dekat Gua Tempurung pada 17 April lalu.

Karpal yang juga bekas Pengerusi DAP memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu dengan majoriti 42,706 undi dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Teh Beng Yeam..sumber