Published 4:58 PM by mobile262

KEITA MANDJOU SAH BERAKSI UNTUK LIGA M 2013



Penyerang import Kelantan, Keita Mandjou akhirnya dipilih oleh Bojan Hodak untuk bermain di saingan Liga Malaysia 2013 walaupun penyokong lebih berminat untuk menyaksikan kelibat Dimitri Petratos bermain untuk Liga Malaysia. Perkara ini sendiri telah dikhabarkan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Pemilihan ini mungkin atas faktor pengalaman Keita Mandjou yang pernah bermain bersama pasukan Perak FA dalam Liga Malaysia suatu ketika dahulu.

Selain Keita Mandjou, Obinna Nwaneri adalah pemain import yang akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia.Selain itu Keita Mandjou dan Obinna Nwaneri juga bakal beraksi untuk saingan Piala AFC 2013 februari ini.

Dimitri Petratos dan Lec Kcira juga akan beraksi di saingan Piala AFC nanti.
Read More
Published 7:27 AM by mobile262

10 Carian Popular di Google Malaysia

Published 7:13 AM by mobile262

Gajet Paling dikehendaki 2012

Published 3:59 AM by mobile262

Daftar rebat telepon pintar 3G

Berita baik untuk para Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun. Anda boleh mula memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa ini.Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan semalam. layari http://nbi.skmm.gov.myuntuk berdafatar. Makluman; pendaftaran akan dibuka pada januari 2013. Jangan ketingalan.
Read More
Published 8:00 PM by mobile262

Majlis akad nikah Apek Luniey hari ini


Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie dijangka berlangsung di kediaman Nur Eilunie atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat pada pukul 10 pagi. manakala dua majlis lagi iaitu majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan  di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember diikuti persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan. Majlis perkahwinan menelan kos RM 300,000 menurut sumber. 

Semoga Khairul Fahmi dan Nur Eilunie berbahgia hingga ke anak cucu. dan kekalkan prestasi permainan dalam saingan liga tahun depan. 






Read More
Published 9:28 AM by mobile262

Cara Tarik Trafik ke blog ANDA!


Memang tidak dinafikan, kebanyakkan blogger yang hebat mempunyai rahsia mereka tersendiri untuk meraih trafik yang begitu banyak ke blog mereka. Antara yang boleh saya kongsikan disini ialah.
1. menurut pakar seo dari google Matt Cutts  "anda mesti fikirkan keyword yang sesuai dan mesra carian" fikir-fikirkanlah.
2. antara lain ialah memperbanyakkan info yang menarik di dalam blog anda. tidak kisah samada anda nak bercerita mengenai resipi terbaru yang anda ataupun petua yang berguna yang boleh ditauladani. Pastikan ia adalah maklumat atau informasi yang sahih dan berguna.
3.anda mestilah rajin membuat backlink blog anda di mana-mana blog atau website. Antara cara yang paling mudah untuk membuat backlink ialah anda perlu rajin comment kat blog atau website. secara automatiknya anda akan mendapat trafik, lagi banyak anda komen lagi banyak trafik anda dapat.


4.Selain itu, satu lagi rahsia trafik blog tinggi ialah korang juga boleh pingkan entri ke laman web Ping Aggregator seperti blogr.my, busuk, guablog, ohbelog, apesal, blogged my, bloglog, fb, twitter dsb. Cara ini memang berkesan utk mereka yang baru bermula dengan dunia blog, bagi yang dah lama..tak kisahlah.
Kalau mahukan trafik yang sentiasa kekal, maka perlulah rajinkan diri cari keyword yang boleh bertahan lama atau memang pada bila-bila masa pun orang tetap akan cari. Tidak lupa juga kalau korang pandai dalam penulisan yang berkualiti, korang boleh gunakan kelebihan tersebut untuk menarik minat pembaca.
terima kasih kerana sudi membaca..selamat mencuba!
Read More
Published 12:22 AM by mobile262

Cara letak Twitter Widgets Blogger



Bagi yang baru nak belajar blog, saya akan tunjukkan cara memasukkan widget Twitter di blog anda agar memudahkan pembaca nak follow @ tweet sebagai rakan atau twitters

Caranya senang sahaja untuk buat Twitter Widget di blog, cuba ikuti langkah berikut dengan teliti.

Pertama anda seharusnya sudah mendaftar dengan twitter,jika belum daftar sekarang.
(saya angap anda sudah mempunyai akaun twitter)

1.Buka twitter anda dahulu,dan pilih Widgets.(https://twitter.com/about/resources/widgets).


2.Klik pada My Website dan pilih Profile Widget.


3.Pada bahagian Setting,dibawah USERNAME tulis nawa Twitter anda.


4.Pada Preferences,Pilih mengikut kesesuaian anda,Number of Tweet terpulang berapa banyak nak letak.

5.Appearance,tukar warna mengikut kesesuaian blog,atau warna kegemaran anda.

6.Bahagian Dimensions ubah size kelebaran mengikut kesesuaian blog anda atau pilih dan tanda pada auto width,dimana ia akan berubah secara auto mengikut kesesuaian template blog kita.


7.Klik Test Settings untuk Lihat preview twitter yang dibuat,jika berpuashati klik Finish & Grab Code,Salin code dan letak di blog mengikut kesesuaian.

Kalau nak senang klik je  dan secara auto widget twitter sudah berada di blog kita.

Sekian untuk kali ini

Selamat mencuba..kalau tak berjaya cuba lagi..
Read More
Published 5:22 PM by mobile262

Uchop menang Vokal bukan sekadar rupa

Tahniah uchop sebab menang Program Realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa musim ke-2 semalam. Dengan kemenangan ini Uchop menerima wang tunai RM100,000 beserta piala menewaskan peserta wanita dari Tamparuli, Sabah dengan saingan yang sangat sengit.
Read More
Published 3:37 PM by mobile262

Pengawal keselamatan dihukum gantung sampai mati

Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang gadis berumur 16 tahun pada Jun 2011. Dalam keputusannya, Hakim, Datuk Abdul Halim Aman mendapati pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah dan keterangan tertuduh, D Kalaiselvan, 47, bersifat penafian tanpa bukti kukuh. Berdasarkan fakta kes, dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi hingga jam 2.50 pagi, 18 Jun 2011, di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Jalan-Masai di sini, tertuduh telah membunuh seorang pelajar sekolah menengah, Nur Rahayu Qomarodin, 16.Kalaiselvan yang diwakili peguam Md Zahar Ngah, didapati bersalah dan dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Read More
Published 7:57 PM by mobile262

info banjir


Keadaan banjir di Pantai Timur semakin teruk apabila jumlah mangsa banjir di Terengganu bertambah manakala penduduk di Kelantan dan Pahang mula berpindah semalam.Sehingga pukul 9 malam tadi, dilaporkan sebanyak 2,921 orang dipindahkan di ketiga-tiga negeri tersebut.Di Terengganu, hujan yang berterusan menyebabkan banyak 1,301 orang daripada 361 keluarga di tujuh daerah dipindahkan ke 18 pusat pemindahan sehingga pukul 11 malam tadi.Jumlah tersebut bertambah berbanding 144 orang daripada 26 keluarga yang dipindahkan di Dungun kelmarin. untuk maklumat lanjut tentang banjir, sila layarinfo banjir
Read More
Published 6:00 AM by mobile262

Langkah tarian oppa gangnam style

Tarian kuda 'oppa gangnam' style sekarang menjadi kegilaan remaja serata dunia ekoran video yang disiarkan diYoutube mendapat sambutan yang bergitu hangat sehingga melebihi 1billion penonton dan ditonton lebih 10 juta sehari.

Secara asasnya tarian sebegini amat mudah diikuti dengan beberapa langkah. ikuti langkah berikut dan anda mungkin raja k-pop lepas ni.

Read More
Published 4:57 AM by mobile262

Kamera Samsung Galaxy Baru


Kamera Samsung Galaxy yang didatangkan dengan sistem operasi lebih terkini, iaitu Android 4.1 Jelly Bean. Galaxy Camera turut didatangkan dengan skrin bersaiz sebesar 4.8-inci, paparan terbesar di sebarang kamera kompak.
Berbeza dengan kamera pada telefon pintar adalah dimana ia didatangkan dengan sensor sebesar 16-megapixel selain dilengkapi dengan sokongan zoom sehingga 21x. Bagi mereka yang selesa dengan tetapan manual juga, anda boleh mengubah tetapan pada Galaxy Camera, dan membuat lebih banyak rakaman menarik melaluinya.

Bagi yang berminat, Samsung Galaxy Camera ini boleh dibeli dengan harga RM1899 daripada para pengedar Samsung rasmi tempatan. 
Read More
Published 1:37 AM by mobile262

Borang permohonan BR1M 2.0 Online


Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 BR1M 2
Borang permohonan bantuan RM500 rakyat malaysia bagi isi rumah yang berpendapatan dibawah RM3 ribu. Permohonan borang Bantuan RM500 boleh didapati dan dimohon pada 10 Disember 2012 ini. Tempoh pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 adalah selama satu bulan (sehingga 31 Disember 2012)

Update Terkini 2012 Borang BR1M 2.0
Mulai 1 November 2012, borang Permohonan BR1M 2.0 boleh didapatkan dengan klik pautan Borang BR1M 2.0 Online.


Download Borang Permohonan  BR1M Online

Nota Penting: Pastikan anda muat turun dan print borang tersbut. Semoga berjaya kepada anda. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh kemukakan komen anda dibawah. Terima Kasih
Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.
Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Syarat Permohonan Bantuan RM500
  1. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
  2. Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  3. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  4. Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  5. Warga emas sebatang kara
  6. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk
    memohon.


Sumber: Borang Permohonan Bantuan RM500 Rakyat 1Malaysia (BR1M)
Read More
Published 12:49 AM by mobile262

Proton Akan Lancar Preve Hatchback Bila?

"Preve hatchback dari depan"

"Preve hatchback dari belakang nampak macam ford focus st"
Nampaknya proton sekali lagi membawa pembaharuan dengan menampilkan preve hatchback. walaupun belum dilancarkan tapi desas desus kini tersebar luas di internet. Namun proton belum lagi mengumumkan pelancaran untuk versi hatchback..mungkin tahun depan. Pastinya ini akan memberi saingan tambahan pula honda kini dalam rangka untuk melancarkan model honda civic hatchback.



Read More
Published 3:05 AM by mobile262

HAFIZ BAWA KELAINAN

Kelainan dari segi gaya penampilan terbaru Hafiz menampakkan perbezaan yang ketara, dikala beliau lebih dikenali dengan rambutnya yang mengerbang..awan nano. kali ini Hafiz tampil dengan rambut gaya psy opa gannam style. ini adalah untuk album terbaru beliau yg akan dilancar tahun depan bagi menmbusi pasaran Indonesia. Album baharu 'Matahari' pasti meletup.
Read More
Published 8:12 AM by mobile262

DOWNLOAD JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2013

Berita baik untuk penjawat awam!, anda boleh mendownload Jadual pembayaran Gaji Tahunan bagi Tahun 2013 di sini. Jadual adalah berdasar Surat Pekeliling Akauntan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2012: Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2013.

Anda juga boleh menyemak penyata gaji anda dipautan dibawah 
 
  Bagi menyemak penyata gaji bulanan, sila click e-Penyata Gaji.



Read More
Published 7:32 AM by mobile262

Pasukan Singapore Sahkan kejuaraan

Walaupun tewas kepada Thailand 1-0, namun mengikut agregat 3-2 mereka tetap menjadi juara. Thailand lebih banyak mengasak kubu Singapura namun gagal untuk mencari mata penyamaan bagi mengikat kedudukan Singapura. Tahniah! Singapura. Diharapkan Rajagobal jadikan iktibar dari kekalahan dalam saingan Suzuki AFF 2012.
Read More
Published 8:41 PM by mobile262

GANGNAM STYLE PALING BANYAK DITONTON

GANGNAM  Style muncul video pertama mencatatkan lebih satu bilion tontonan di YouTube. Gaya tarian dari Korea Selatan itu disiarkan diyoutube Julai lalu telah membawa kemasyhuran kepada bintang pop, Psy di seluruh dunia. Malahan, klip video telah ditonton oleh barack obama dan ia menyukainya. kini Gangnam style menjadi video paling paling banyak ditonton di youtube dan mengalahkan video baby Justin bieber. Video Gangnam sytle ditelah ditonton sebanyak 10 juta sehari..
Read More
Published 6:59 AM by mobile262

DATUK K SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN

Datuk K, suami kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza telah berjaya menjalani pembedahan selama enam jam di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand semalam.Menurut sumber, Datuk K selesai menjalani pembedahan pada kira-kira pukul 4 petang waktu Malaysia. Siti menerusi akaun laman sosial Twitter @CTNurhaliza11 memberitahu, pembedahan ke atas suaminya yang mengambil masa kira-kira enam jam itu berjalan lancar."Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan berjaya. "
Read More
Published 11:47 PM by mobile262

NENAS PERISA KELAPA?

Mungkin ada yang berpendapat ini ialah nenas biasa, namun penyelidik dari Australia telah membuat penemuan baru nenas yang mempunyai rasa seperti buah kelapa. penyelidikan telah dilakukan sejak 10 tahun yang lalu. ia telah menerima anugerah di AusFestival, namun nama untuk buah nenas tersebut belum diberikan. mungkin 'pinenut' atau 'cocoapple'. nenas baka baru ini lebih enak , rasa yang manis dan lebih aromatik. dijangkan bauh nenas ini akan dipasarkan 2 tahun akan datang.
Read More
Published 3:47 PM by mobile262

WANGIAN JENAMA ROKET

Inilah Jualan minyak wangi sempena nama roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin ke wilayah Israel mendapat sambutan hangat dipasaran Gaza.Wangian diberi nama M-75 itu ditawarkan untuk pengguna lelaki dan wanita. Diisi di dalam kotak berwarna hitam dan hijau, M-75 dihasil menggunakan bau-bauan oren, lemon dan herba-herba yang terdapat di Gaza. M-75 diambil sempena nama roket yang dilancar oleh penjuang Palestin, M-75 merupakan simbol kemenangan bagi Gaza..manakala wangiannya diharapkan dapat mengingatkan kepada perjuangan Palestin.
Read More
Published 8:22 AM by mobile262

CABARAN SKUAD HARIMAU MALAYA TERKUBUR!

Nampaknya Hajat untuk menyaksikan Harimau Malaya untuk mempertahankan gelaran Piala Suzuki AFF di laman sendiri 22 haribulan nanti berkecai selepas dinafikan Thailand.

Thailand menempah pertemuan dengan Singapura di pentas akhir  selepas mara dengan agregat 3-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua susulan kemenangan 2-0 di Stadium Supachalasai malam ini.

Lebih parah lagi, barisan negara kehilangan Fadhli Shas yang dibuang padang pada minit ke-43 hanya kerana pertelagahan kecil dengan Datsakorn Thonglao.

Sebelum itu, Fadhli Shas dan Mahalli Jasuli dilayangkan kad kuning oleh pengadil bertugas, Lee Min Hu selepas 13 minit permainan berlangsung akibat kekasaran..

Apa komen anda?
Read More
Published 10:04 PM by mobile262

APEK DAH NAK KAHWIN?



Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menamatkan teka teki tarikh perkahwinannya dengan Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey apabila memilih 28 Disember depan untuk bergelar suami isteri.

Upacara akad nikah Apek, 23, dan Leuniey, 22, bakal berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada pukul 9 pagi.

Majlis persandingan sebelah perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember depan dengan konsep Melayu kontemporari.

Manakala resepsi sebelah Apek pula akan berlangsung di kediaman keluarganya di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.

Pasangan tersebut turut memiliki 13 Januari 2013 untuk mengadakan majlis resepsi ketiga di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara di sini.

Apek dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi 'SimplySiti Eau De Parfum' milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, awal tahun ini.

Read More
Published 3:52 AM by mobile262

PERTEMBUNGAN AKHIR MAL VS THAI

Setelah menyaksikan perlawanan yg mendebarkan antara malaysia dengan thailand, kini 2 pasukan ini akan bertembung buat kali kedua macam cerita transfomer pulak...kekuatan harimau kini tidak disangkal lagi..lebih-lebih lagi kalau dah transform..macam ni. Saksikanlah mereka beraksi.. 13/12/2012Thailand vs MalaysiaStadium Supachalasai, Bangkok 8:00 malam.
Read More
Published 11:22 PM by mobile262

NI BENDANG KE PADANG?

Skuad Harimau Malaya dikejutkan dengan tindakan penganjur Piala Suzuki AFF dan tuan rumah, FAT hanya menyediakan padang awam sebagai tempat latihan di Bangkok, petang semalam.Biarpun lokasinya hanya satu kilometer dari hotel Golden Tulip Sovereign, keadaan padang Jaran Buraprat itu sepatutnya tidak layak dijadikan padang latihan untuk kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara itu. “Kami amat kecewa dengan padang yang macam bendang padi, tempat pemain salin pakaian pun tiada, jaring gol koyak rabak dan orang awam boleh tengok secara terbuka. Jika di Malaysia, main peringkat kampung pun tidak seperti tahap ini.“Sedangkan ketika skuad Thailand datang ke Kuala Lumpur tempoh hari, kita beri layanan begitu baik, jagaan pihak polis dan padang latihan tertutup (Kompleks Latihan Maybank, Bangi) supaya mereka dapat buat latihan sulit tanpa gangguan,” katanya.Ditanya adakah ini salah satu taktik atau strategi Thailand untuk melunturkan semangat juang Harimau Malaya, Subahan berkata: "Saya tak tahu. Apa pun, yang berlaku ini tidak menunjukkan semangat kesukanan. Patut layanan lebih baik dan kita sudah rugi sehari tidak dapat menjalani latihan penuh."
Read More
Published 1:48 AM by mobile262

12 Dec 2012

HONG KONG: Pasangan dari Hong Kong dan Singapura berlumba-lumba untuk berkahwin pada 12/12/12. Tarikh kembar tiga terakhir abad ini dilihat sebagai bertuah oleh sesetengah orang serta menjamin perkahwinan yang bahagia.Tarikh seperti 10/10/10 atau 11/11/11 secara tradisinya menyaksikan pasangan dari dua bandar raya itu berebut-rebut untuk berkahwin, dengan pendaftaran kian meningkat untuk tarikh 12 Disember tahun ini yang dilihat sebagai tanda ‘cinta’.Pusat pendaftaran perkahwinan Hong Kong berkata, pihaknya menerima 696 permohonan daripada pasangan yang merancang untuk berkahwin esok, hampir empat kali purata harian dengan 177 pendaftaran pada Oktober lalu, menurut jurucakapnya.Di Singapura yang mempunyai tiga perempat etnik Cina, 540 pasangan mendaftar untuk berkahwin esok, statistik daripada laman web pejabat pendaftar perkahwinan menunjukkan peningkatan lapan kali berbanding purata harian untuk perkahwinan bukan Islam. Perkahwinan oang Islam direkod secara berasingan. - AFP
Read More
Published 12:13 AM by mobile262

BERAPA NILAI WEBSITE/BLOG ANDA?


Pasti ada yang terkejut mendengar sekiranya sesebuah website/blog bernilai jutaan ringgit. Ini berdasarkan
survey yang dibuat oleh Biz Information Malaysia http://bizinformation.com.my/ . Berikut adalah ranking website yang popular di Malaysia serta nilai pasaran.


1. RM 89.90 Million
2. RM 12.79 Million
3. RM 12.23 Million
4. RM 11.46 Million
5. RM 10.26 Million
6. RM 8.55 Million
7. RM 8.04 Million
8. RM 6.48 Million
9. RM 6.00 Million
10. RM 5.56 Million

...perghh..blog aku hanyalah..

Blogs-kini.blogspot.com Valuation RM 1,139.63
    Read More
    Published 4:12 PM by mobile262

    BANDUAN GAGAL CUBAAN LOLOS

    Beginilah nasib seorang banduan dari Brazil untuk melarikan diri tidak kesampaian apabila dia tersekat pada lubang yang digunakan. Kejadian berlaku di sebuah penjara di Ceres, berdekatan Goiania. Dikatakan perutnya terlalu besar sehinggakan dia tidak muat untuk memasuki lubang tersebut. Manakala rakannya berjaya loloskan diri..pengawal penjara tersebut terpaksa menghubungi bomba bag I mengeluarkan banduan tersepit.
    Read More
    Published 4:15 AM by mobile262

    IPAD Mini MALAYSIA

    Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, para pengguna di Malaysia telah boleh mendapatkan iPad Mini di Malaysia, dimana ia dijual pada harga bermula serendah RM999 untuk versi WiFi 16GB.Selain daripada itu, versi 32GB WiFi dijual pada harga RM1299, dan 64GB WiFi dijual pada harga RM1599. Untuk variasi 3G pula, 16GB dijual pada harga RM1399, 32GB pada harga RM1699, dan 64GB pada harga RM1999.iPad Mini merupakan tablet terbaru daripada Apple yang mana membawakan rekabentuk skrin bersaiz 7.9-inci, dan dilengkapi dengan beberapa perkara baru, termasuk port pengecasan Lightning padanya.Para pengguna Malaysia boleh mendapatkannya daripada Apple Store Malaysia yang memulakan penghantaran dalam tempoh 2 minggu, ataupun daripada para pengedar rasmi Apple Malaysia seluruh negara.
    Read More
    Published 11:28 PM by mobile262

    AFLIN SHAUKI MISI GAZA

    Afdlin Shauki tidak menyertai kumpulan Boboi dalam Maharaja Lawak Mega 2012. Beliau dan beberapa rakan artis telah berangkat ke Gaza untuk misi kemanusiaan.Afdlin Shauki telah memuat naik beberapa keping foto menerusi laman Facebook miliknya yang menunjukkan rombongan misi ke Gaza telah selamat memasuki negara tersebut beberapa hari lepas.Menurut status yang dimuat naik oleh Afdlin, rombongannya ketika ini sedang menginap di hotel Utopia, Gaza dan kenderaan mereka telah dibenarkan memasuki pintu Rafah selama 30 minit. Semoga misi beliau Dan rakan-rakan diberkati Dan menjadi contoh untuk generasi mud a di Malaysia.
    Read More
    Published 10:20 PM by mobile262

    HARIMAU MALAYA MESTI MENANG

    Untuk perlawanan timbal balik di Bangkok, Khamis ini, Malaysia perlu mencari kemenangan untuk menghidupkan kembali peluang mempertahankan trofi yang dimenangi dua tahun lalu. Aksi cemerlang anak buah Rajagobal menentang Thailand malam tadi bolehlah dianggap yang terbaik meskipun kehilangan beberapa tonggak utama seperti Wan Zack dan Shakir. Harimau Malaya tampak lebih berbisa dengan beberapa cubaan yang hampir-hampir menambah jaringan selepas jaringan cantik Mat Yo melalui hantaran Mahali Jasuli, namun nasib tidak meyebelahi. Walaubagaimanapun perjuangan belum lagi selesai..ayuh Harimau Malaya! Tunjukkan taring yang sebenar.
    Read More
    Published 6:11 AM by mobile262

    MAT YO BERJAYA TEMUI SENTUHAN!

    Penyerang Sensasi Mat yo akhirnya menemui sentuhan penyudah dalam perlawanan menentang Thailand di stadium nasional bukit jalil, namun Malaysia berkedudukan seri dengan thailand. Kini Malaysia perlu bekerja lebih keras lagi dalam usaha merebut slot ke peringkat akhir, menanti Singapura atau Filipina. Malaysia akan bertemu thailand untuk perlawanan timbal balik di stadium Rajamangala, Bangkok.
    Read More
    Published 11:41 PM by mobile262

    Live Streaming Malaysia vs Thailand Suzuki AFF 2012

    Bagi yang ingin menyaksikan Siaran Langsung Malaysia vs Thailand ini boleh menyaksikanya melalui siaran TV RTM1. Bagi yang tidak berpeluang ke stadium atau menyaksikan perlawanan secara langsung di televisyen bolehlah boleh juga menyaksikan perlawanan bola sepak ini melalui Live Streaming Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 9 December 2012 melalui pautan dibawah.
    live streaming
    Read More
    Published 7:53 AM by mobile262

    Singapura vs Filipina Piala AFF 2012

    Keputusan Filipina vs Singapura 8 disember 2012. Perlawanan berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila dan bermula pada pukul 8.00 malam tadi di tv1 berakhir dengan keputusan seri 0-0.
    Read More
    Published 7:10 AM by mobile262

    DAVID VILLA PENYERANG BARU THE RED WORRIOR

    Kemasukan Penyerang sensasi David Villa ke Kelantan pasti akan menguatkan jentera serangan TRW dalam saingan PIALA FA, AFC, PIALA MALAYSIA, LIGA SUPER 2013. DAVID VILLA KELANTAN atau nama sebenar DIMITRI PETRATOS merupakan penyerang berusia 20 tahun dari SYDNEY FC. Beliau akan mengantikan posisi MOHAMMAD GHADDAR yang tidak dapat disambung kontrak..Namun begitu PETRATOS membuktikan bahawa beliau setanding M.GHADDAR ketika perlawanan persahabatan menentang Perlis.
    Read More
    Published 6:10 PM by mobile262

    JOHN McAfee DITAHAN !


    Polis Guatemala menahan pakar perisian Amerika Syarikat (AS), John McAfee ,67 ,  ditahan Polis guatemala semalam kerana memasuki negara itu secara haram. Dia dikehendaki untuk disoal siasat dalam kes pembunuhanan. Dia dianggap “individu berkepentingan” dalam kes kematian seorang warga AS, Gregory Faull. McAfee ditahan polis Guatemala dan anggota Interpol di hotel Intercontinental di Guatemala City bersama teman wanitanya , berusia 20.

    McAfee merupakan seorang daripada usahawan pertama Lembah Silikon di AS, McAfee mengumpul kekayaan melalui perisian antivirus yang kini dikenali dengan namanya sendiri(McAfee)
    Read More
    Published 6:56 AM by mobile262

    APA YANG MENARIK TENTANG I PHONE 5


    Bagi peminat apple iphone 5. Anda kini boleh memiliki iphone5 yang akan dilancarkan pada 14 dec 2012, sedikit lewat berbanding negara asia yang lain. Harga untuk i phone 5 bermula RM 2,199 untuk 16GB. Apa yang menarik tentang iphone 5 ialah.

    1. Kamera

    Kamera pada iPhone 5 adalah 8 megapiksel, sama dengan 4S. Apple dikatakan berkerja keras pada bahagian kamera kerana rekabentuk iPhone 5 yang sangat nipis. Beberapa penambahbaikan dilakukan oleh Apple seperti ‘color saturation’ yang lebih baik, warna yang lebih cantik berbanding 4S, kualiti gambar ketika kurang cahaya yang lebih baik serta menangkap gambar dengan kadar ‘instant’. Rakaman video adalah HD penuh 1080p serta sokongan ‘image stabilization’. Apple juga menambah fungsi ‘Panorama’ untuk menangkap gambar luas secara berterusan.
    Kamera bahagian hadapan kini 1.2 megapiksel dan mampu merakam video HD 720p. Kualiti kamera hadapan pada iPhone 5 jauh lebih tajam dan cantik berbanding kamera VGA 0.3 megapiksel pada 4S. Kualiti ketika melakukan panggilan video Facetime juga lebih baik dan tajam.
    2.Software
    iPhone 5 didatangkan dengan sistem operasi terbaru dari Apple iaitu iOS 6. Anda boleh lihat fungsi-fungsi baru iOS 6 di sini. Khas untuk iPhone 5, kesemua aplikasi di dalam iOS 6 sudahpun di ubahsuai untuk skrin yang lebih besar. Banyak aplikasi di dalam App Store seperti Facebook, Twitter, Path, Temple Run dan FlipBoard telahpun dikemaskini untuk menggunakan skrin 4 inci sepenuhnya. Lain-lain aplikasi dan permainan akan dikemaskini secara berperingkat. iOS 5 tahun lepas mempunyai integrasi menyeluruh dengan Twitter, dan kini iOS 6 menambah integrasi dengan Facebook secara menyeluruh. Gambar daripada ‘Camera Roll’ boleh di post terus ke Facebook tanpa membuka aplikasi berasingan serta boleh tweet dan post status Facebook dari ‘Notification Center’.
    iOS 6 juga mempunyai Maps baru yang dibuat oleh Apple sendiri. Maps lebih cantik, dengan fungsi ‘turn by turn navigation’ (fungsi ini boleh digunakan di Malaysia pada bulan Oktober) dan fungsi 3D yang hebat dinamakan Flyover. Walaubagaimanapun, terdapat banyak kritikan tentang Maps yang baru ini seperti kecacatan pada gambar dan list yang tidak tepat. Apple mengatakan mereka sedang memperbaiki dan akan mengemaskini Maps tersebut.
    iOS 6 juga mempunyai aplikasi Passbook yang boleh dianggap seperti beg duit maya ‘virtual wallet’ dengan fungsi menyimpan kupon, tiket kapal terbang, kad starbucks dan banyak lagi. Tetapi rasanya Passbook ini masih tidak berguna di Malaysia walaupun ada yang mengatakan Malaysia Airlines (MAS) akan menyokong Passbook pada masa akan datang.
    sumber; blog


    Read More