Published 6:59 AM by mobile262
Datuk K, suami kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza telah berjaya menjalani pembedahan selama enam jam di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand semalam.Menurut sumber, Datuk K selesai menjalani pembedahan pada kira-kira pukul 4 petang waktu Malaysia. Siti menerusi akaun laman sosial Twitter @CTNurhaliza11 memberitahu, pembedahan ke atas suaminya yang mengambil masa kira-kira enam jam itu berjalan lancar."Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan berjaya. "