Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie dijangka berlangsung di kediaman Nur Eilunie atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat pada pukul 10 pagi. manakala dua majlis lagi iaitu majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember diikuti persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan. Majlis perkahwinan menelan kos RM 300,000 menurut sumber.
Semoga Khairul Fahmi dan Nur Eilunie berbahgia hingga ke anak cucu. dan kekalkan prestasi permainan dalam saingan liga tahun depan.