Borang permohonan bantuan RM500 rakyat malaysia bagi isi rumah yang berpendapatan dibawah RM3 ribu. Permohonan borang Bantuan RM500 boleh didapati dan dimohon pada 10 Disember 2012 ini. Tempoh pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 adalah selama satu bulan (sehingga 31 Disember 2012)
Update Terkini 2012 Borang BR1M 2.0
Mulai 1 November 2012, borang Permohonan BR1M 2.0 boleh didapatkan dengan klik pautan Borang BR1M 2.0 Online.
Download Borang Permohonan BR1M Online
Nota Penting: Pastikan anda muat turun dan print borang tersbut. Semoga berjaya kepada anda. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh kemukakan komen anda dibawah. Terima Kasih
Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.
Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.
Syarat Permohonan Bantuan RM500
- Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
- Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
- Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
- Warga emas sebatang kara
- Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk
memohon.
Sumber: Borang Permohonan Bantuan RM500 Rakyat 1Malaysia (BR1M)