Published 4:58 PM by

KEITA MANDJOU SAH BERAKSI UNTUK LIGA M 2013



Penyerang import Kelantan, Keita Mandjou akhirnya dipilih oleh Bojan Hodak untuk bermain di saingan Liga Malaysia 2013 walaupun penyokong lebih berminat untuk menyaksikan kelibat Dimitri Petratos bermain untuk Liga Malaysia. Perkara ini sendiri telah dikhabarkan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Pemilihan ini mungkin atas faktor pengalaman Keita Mandjou yang pernah bermain bersama pasukan Perak FA dalam Liga Malaysia suatu ketika dahulu.

Selain Keita Mandjou, Obinna Nwaneri adalah pemain import yang akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia.Selain itu Keita Mandjou dan Obinna Nwaneri juga bakal beraksi untuk saingan Piala AFC 2013 februari ini.

Dimitri Petratos dan Lec Kcira juga akan beraksi di saingan Piala AFC nanti.