Published 4:15 AM by

IPAD Mini MALAYSIA

Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, para pengguna di Malaysia telah boleh mendapatkan iPad Mini di Malaysia, dimana ia dijual pada harga bermula serendah RM999 untuk versi WiFi 16GB.Selain daripada itu, versi 32GB WiFi dijual pada harga RM1299, dan 64GB WiFi dijual pada harga RM1599. Untuk variasi 3G pula, 16GB dijual pada harga RM1399, 32GB pada harga RM1699, dan 64GB pada harga RM1999.iPad Mini merupakan tablet terbaru daripada Apple yang mana membawakan rekabentuk skrin bersaiz 7.9-inci, dan dilengkapi dengan beberapa perkara baru, termasuk port pengecasan Lightning padanya.Para pengguna Malaysia boleh mendapatkannya daripada Apple Store Malaysia yang memulakan penghantaran dalam tempoh 2 minggu, ataupun daripada para pengedar rasmi Apple Malaysia seluruh negara.