Thailand menempah pertemuan dengan Singapura di pentas akhir selepas mara dengan agregat 3-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua susulan kemenangan 2-0 di Stadium Supachalasai malam ini.
Lebih parah lagi, barisan negara kehilangan Fadhli Shas yang dibuang padang pada minit ke-43 hanya kerana pertelagahan kecil dengan Datsakorn Thonglao.
Sebelum itu, Fadhli Shas dan Mahalli Jasuli dilayangkan kad kuning oleh pengadil bertugas, Lee Min Hu selepas 13 minit permainan berlangsung akibat kekasaran..
Apa komen anda?