Published 1:48 AM by mobile262
HONG KONG: Pasangan dari Hong Kong dan Singapura berlumba-lumba untuk berkahwin pada 12/12/12. Tarikh kembar tiga terakhir abad ini dilihat sebagai bertuah oleh sesetengah orang serta menjamin perkahwinan yang bahagia.Tarikh seperti 10/10/10 atau 11/11/11 secara tradisinya menyaksikan pasangan dari dua bandar raya itu berebut-rebut untuk berkahwin, dengan pendaftaran kian meningkat untuk tarikh 12 Disember tahun ini yang dilihat sebagai tanda ‘cinta’.Pusat pendaftaran perkahwinan Hong Kong berkata, pihaknya menerima 696 permohonan daripada pasangan yang merancang untuk berkahwin esok, hampir empat kali purata harian dengan 177 pendaftaran pada Oktober lalu, menurut jurucakapnya.Di Singapura yang mempunyai tiga perempat etnik Cina, 540 pasangan mendaftar untuk berkahwin esok, statistik daripada laman web pejabat pendaftar perkahwinan menunjukkan peningkatan lapan kali berbanding purata harian untuk perkahwinan bukan Islam. Perkahwinan oang Islam direkod secara berasingan. - AFP