Published 8:20 AM by mobile262

KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 25 JAN 2014


Berikut adalah keputusan terkini Liga Super yang melibatkan beberapa pasukan. Keputusan mengejutkan apabila JDT tewas 0-1 kepada T-Team, dan Selangor Tewas kepada Lions XII dengan keputusan 2-1. keputusan perlawanan bola sepak Liga Super pada 25-01-2014 

Lions XII       2   Selangor            1

Sarawak         0   Kelantan            1

Perak           1   Terengganu          0

T-Team          1   Johor Darul Ta'zim  0
    
Sime Darby FC   1   Pahang              0

Dengan keputusan ini, Kelantan menerajui liga super dengan 2 kemenangan.
Read More
Published 7:59 AM by mobile262

KEPUTUSAN SEMASA PIALA FA 2014 PUSINGAN PERTAMA


Berikut merupakan keputusan terkini Piala FA 2014 bagi pusingan pertama..Terdapat beberapa keputusan yang mengejutkan, antaranya ATM tewas ditangan Sime Darby FC dengan keputusan 2-1, begitu juga dengan negeri Sembilan yang tewas kepada Felda United dengan jaringan 0-1. Terengganu mencacat kemenangan bergaya dengan menewaskan Shahzan Muda dengan jaringan 4-0.

Read More
Published 5:39 AM by mobile262

Proton Suprima S Super Premium


Proton Holdings Bhd telah melancarkan variasi ketiga model terbaharu Suprima S , dikenali sebagai Suprima S Super Premium (SP) yang dijual pada harga atas jalan RM87,929. Suprima S SP tampil dengan gaya yang lebih sporty untuk mereka yang  sukakan ciri-ciri sebuah kereta yang menarik perhatian ramai. Antara lain; Suprima S Super Premium dilengkapi rim ‘sporty’ 17 inci, kerusi kulit dan body kit R3 dan enjin 1.6 liter turbo tujuh kelajuan serta ciri pemanduan dan pengendalian Lotus yang dinamik.

Proton Suprima S Super Premium turut didatangkan dengan tempat duduk kemasan kulit penuh, kamera undur, butang penghidup enjin, paddle shift, dan auto cruise. Terdapat dua pilihan warna bagi yang berminat untuk memiliki Suprima S SP iaitu Fire Red’ dan ‘Solid White’ 
Read More
Published 5:14 AM by mobile262

Lee Chong Wei Juara Siri Super Malaysia 2014


Datuk Lee Chong Wei ternyata masih lagi unggul dan berada dalam kelas tersendiri dengan menewaskan pemain empat dunia Tommy Suguarto dari Indonesia straight set 21-19 dan 21-9 dalam masa 47 minit. Kejayaan ini membolehkan beliau mengumpul koleksi pingat peribadi kesepuluhnya selaku juara Kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia 2014 hari ini.
Selaku juara, Chong Wei membawa pulang wang tunai US$37,500 (RM123,637) manakala naib juara Tommy membawa pulang US$19,000 (RM62,443).
Read More
Published 6:52 AM by mobile262

KEPUTUSAN PENUH JDT VS PERAK 2014


Perlawanan bola sepak JDT VS PERAK menyaksikan JDT menurunkan kesemua pemain-pemain ternama termasuklah Pablo Aimar, Figueroa, Amri Yahyah, dan Shakir. Keputusan memihak kepada JDT apabila berjaya menjaring gol 2-0 hasil jaringan Amri (minit 38') dan Figueroa (minit 88'). 
Read More
Published 3:06 AM by mobile262

Kelantan vs Sime Darby Liga Super 2014


Bagi peminat bola sepak tempatan, pastinya tertunggu-tunggu Sepak mula perlawanan Liga Super 2014. Sepak mula kempen Liga Super Malaysia (Liga-M) musim 2014 pada Sabtu antaranya adalah melibatkan skuad The Red Warriors menentang Sime Darby yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke IV.  Aksi kedua pasukan yang dijadualkan bermula jam 8.45 malam akan disiarkan secara siaran tertunda jam 12.30 tengah malam ini menerusi RTM TV1 .

Keputusan terkini, Kelantan menewaskan Sime Darby (2-1)

 Kelantan 2-1 Sime Darby
(Mohammed Ghaddar 59' 80' - Fadzli Saari 7')

Read More
Published 8:09 PM by mobile262

Guru Besar diarah bela diri atas pertuduhan Muqadimah Zina!!


Dipetik daripada Akhbar sinar harian; Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.

Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama.

Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas.

Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu. Nik Najib kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan.

Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu. Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan Hassan.
Read More
Published 4:41 PM by mobile262

Ballon d'Or Milik Cristiano Ronaldo



Cristiano Ronaldo akhirnya berjaya menamatkan penguasaan empat tahun berturut-turut Lionel Messi apabila dianugerahkan Pemain Terbaik Dunia FIFA 2013, awal pagi tadi. Kejayaan ini amat bermakna buat bintang Real Madrid dan pemain portugal yang berusia baru 28 tahun. kali terakhir beliau menang anugerah ini pada 2008. 

Ronaldo menang dengan memperoleh 27.99 peratus undi mendahului Messi (24.72%) manakala Ribery di tempat ketiga (23.36%), demikian menurut Persatuan Bola Sepak Perancis yang menjadi penganjur bersama Ballon d'Or bersama FIFA. 
Read More
Published 9:20 AM by mobile262

Kelantan Vs Phatthalung FC


Perlawanan Persahabatan antara Kelantan ( The Red Worrior ) dengan Kelab dari Thailand ( Phatthalung FC ) Menyaksikan perlawanan hebat dan menarik. Kelantan menguji keseluruhan pemain terbaik mereka dalam memberikan saingan yang sengit buat kelab dari thailand.

Kelantan ternayata memilki para pemain import yg berkualiti untuk musim ini, apabila berjaya menewaskan Phatthalung FC dengan jaringan 4-0 Menerusi M.Ghadar (hatrik) dan M. Fakri.  Bagi yang tidak sempat menyaksikan perlawanan tersebut, anda bolehlah melayari http://www.ustream.tv/channel/pskkelantan/pop-out .
Read More
Published 11:43 PM by mobile262

PERODUA ALZA BARU 2014


Perodua Sekali lagi Menampilkan Versi Produa Alza 2014 yang lebih Sporty dan Stylish. Model baru itu didatangkan dalam empat warna menarik iaitu putih, hitam, perak, ungu dan warna baru iaitu merah bagi varian SE dan varian advance. Lebih Menarik lagi, tawaran harganya yang lebih murah.

Harga anggaran OTR bagi varian standard bagi transmisi manual adalah RM52,400 manakala automatik (RM55,400) dan varian SE manual (RM56,400) serta SE automatik (RM59,400) dan varian advance (RM64,000). Sejak tempahan Alza dibuka pada 20 Disember lalu, Perodua sudah menerima 5,000 tempahan dimana pembeli dijangka menerima kenderaan itu seawal pertengahan bulan ini.
Read More
Published 3:48 PM by mobile262

Gandingan Ghaddar dan Fokey Doe belum serasi


Ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby, mengakui bimbang dengan kombinasi dua penyerang import The Red Warriors (TRW) – Francis Forkey Doe dan Mohamed Ghaddar – yang masih belum serasi serta menunjukkan sengat walaupun tirai Liga Malaysia (Liga-M) semakin hampir.

Darby berkata kombinasi antara dua penyerang itu dilihat kurang menjadi apabila gagal menyumbat gol ketika aksi perlawanan persahabatan dengan skuad The Presiden Warriors (TPW) di Stadium Sultan Muhammad IV, tempoh hari. Bagaimanapun, pengendali berusia 58 tahun kelahiran England itu berkata, dia mempunyai banyak pilihan pemain untuk digandingkan di jentera serangan sekiranya gandingan Forkey Doe dan Ghaddar tidak menjadi.
Read More
Published 4:42 AM by mobile262

MAJLIS HARI JADI PALING MAHAL !


Sambutan Hari jadi anak Sultan Brunei, dilaporkan mengundang Penyanyi Popular Amerika Syarikat, Mariah Carey bagi menyanyikan beberapa buah lagu di Majlis hari jadi tersebut. Menurut sumber, Mariah Carey dibayar sekitar RM4.9 Juta. Fuyoo mahal tu. 

Memetik laporan Daily Mail, Carey dijemput oleh Putera Azim itu ke parti hari jadi peribadinya di hotel lima bintang di Dorchester.Dalam pada itu, wakil Carey berkata, penyanyi itu telah mempersembahkan nyanyiannya kepada Putera Azim, namun tidak mengesahkan berapa bayaran yang diterima penyanyi berkenaan.
Read More
Published 11:10 PM by mobile262

GEMPAR; Pasangan Kekasih Mati Bogel Dalam Kereta

Punca kematian seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai pasangan kekasih dalam keadaan bogel di sebuah premis perniagaan di Bandar Cyber, Ipoh,malam kelmarin, disahkan akibat keracunan gas karbon monoksida. Loke Yoke Kim, 58, yang juga ahli perniagaan dan wanita berkenaan, Yan Wai Leng, 51, masing-masing ditemui mati di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan dalam sebuah PROTON Wira, kira-kira jam 9 malam. 
Read More
Published 12:19 AM by mobile262

Lagi Kes Kanak-kanak Lemas Dalam Kereta


TERKINI; Seorang Kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun lemas selepas ditinggalkan bapanya dalam MPV di Indera Mahkota, Kuantan. Kejadian tersebut berlaku pada jam 5 petang semalam. Menurut ibu bapa mangsa , "mereka keluar dari kuarters guru di Pandan, dekat sini kira-kira jam 7.30 pagi untuk menghantar lima anak mereka, termasuk mangsa ke sekolah dan taska. "

"Selepas menghantar anaknya, bapa mangsa pergi minum di sebuah kedai di Taman Tas. Isteri lelaki terbabit menghubunginya pada waktu tengah hari sebelum mereka pergi mengambil dua anaknya di sekolah rendah di Indera Mahkota,” .


Pasangan suami isteri terbabit dikatakan berada di sekolah itu sehingga jam 5 petang bagi menunggu dua anaknya selesai Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). 

Sebaik mereka pergi semula ke kenderaan untuk pulang ke rumah, bapa terbabit baru menyedari dia terlupa menghantar Muhammad Ariff ke taska sebelum melihat mangsa berada di kerusi belakang kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

Pasangan terbabit kemudian membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas.


al-fatihah.
Read More
Published 4:08 PM by mobile262

Ragam Murid Tahun Satu 2014

Tahun 2014 menyaksikan bermulanya alam persekolahan bagi anak-anak yang memasuki tahun satu ataupun prasekolah. Menarik di carian google hari ini dan sekitar facebook iaitu gelagat dan telatah murid-murid tahun satu yg berjaya dirakam oleh lensa kamera. Mana tidaknya tindakan segelintir murid yang dirakam lensa kamera dari seluruh pelusuk negara melihatkan pelbagai ragam. Ada yang menangis, tertidur, gembira malah ada yang tersepit di kerusi.  
Read More