Published 12:19 AM by mobile262

Lagi Kes Kanak-kanak Lemas Dalam Kereta


TERKINI; Seorang Kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun lemas selepas ditinggalkan bapanya dalam MPV di Indera Mahkota, Kuantan. Kejadian tersebut berlaku pada jam 5 petang semalam. Menurut ibu bapa mangsa , "mereka keluar dari kuarters guru di Pandan, dekat sini kira-kira jam 7.30 pagi untuk menghantar lima anak mereka, termasuk mangsa ke sekolah dan taska. "

"Selepas menghantar anaknya, bapa mangsa pergi minum di sebuah kedai di Taman Tas. Isteri lelaki terbabit menghubunginya pada waktu tengah hari sebelum mereka pergi mengambil dua anaknya di sekolah rendah di Indera Mahkota,” .


Pasangan suami isteri terbabit dikatakan berada di sekolah itu sehingga jam 5 petang bagi menunggu dua anaknya selesai Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). 

Sebaik mereka pergi semula ke kenderaan untuk pulang ke rumah, bapa terbabit baru menyedari dia terlupa menghantar Muhammad Ariff ke taska sebelum melihat mangsa berada di kerusi belakang kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

Pasangan terbabit kemudian membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas.


al-fatihah.