Proton Holdings Bhd telah melancarkan variasi ketiga model terbaharu Suprima S , dikenali sebagai Suprima S Super Premium (SP) yang dijual pada harga atas jalan RM87,929. Suprima S SP tampil dengan gaya yang lebih sporty untuk mereka yang sukakan ciri-ciri sebuah kereta yang menarik perhatian ramai. Antara lain; Suprima S Super Premium dilengkapi rim ‘sporty’ 17 inci, kerusi kulit dan body kit R3 dan enjin 1.6 liter turbo tujuh kelajuan serta ciri pemanduan dan pengendalian Lotus yang dinamik.
Proton Suprima S Super Premium turut didatangkan dengan tempat duduk kemasan kulit penuh, kamera undur, butang penghidup enjin, paddle shift, dan auto cruise. Terdapat dua pilihan warna bagi yang berminat untuk memiliki Suprima S SP iaitu Fire Red’ dan ‘Solid White’