Published 3:48 PM by mobile262

Gandingan Ghaddar dan Fokey Doe belum serasi


Ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby, mengakui bimbang dengan kombinasi dua penyerang import The Red Warriors (TRW) – Francis Forkey Doe dan Mohamed Ghaddar – yang masih belum serasi serta menunjukkan sengat walaupun tirai Liga Malaysia (Liga-M) semakin hampir.

Darby berkata kombinasi antara dua penyerang itu dilihat kurang menjadi apabila gagal menyumbat gol ketika aksi perlawanan persahabatan dengan skuad The Presiden Warriors (TPW) di Stadium Sultan Muhammad IV, tempoh hari. Bagaimanapun, pengendali berusia 58 tahun kelahiran England itu berkata, dia mempunyai banyak pilihan pemain untuk digandingkan di jentera serangan sekiranya gandingan Forkey Doe dan Ghaddar tidak menjadi.