Published 5:14 AM by

Lee Chong Wei Juara Siri Super Malaysia 2014


Datuk Lee Chong Wei ternyata masih lagi unggul dan berada dalam kelas tersendiri dengan menewaskan pemain empat dunia Tommy Suguarto dari Indonesia straight set 21-19 dan 21-9 dalam masa 47 minit. Kejayaan ini membolehkan beliau mengumpul koleksi pingat peribadi kesepuluhnya selaku juara Kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia 2014 hari ini.
Selaku juara, Chong Wei membawa pulang wang tunai US$37,500 (RM123,637) manakala naib juara Tommy membawa pulang US$19,000 (RM62,443).