Published 4:41 PM by

Ballon d'Or Milik Cristiano Ronaldo



Cristiano Ronaldo akhirnya berjaya menamatkan penguasaan empat tahun berturut-turut Lionel Messi apabila dianugerahkan Pemain Terbaik Dunia FIFA 2013, awal pagi tadi. Kejayaan ini amat bermakna buat bintang Real Madrid dan pemain portugal yang berusia baru 28 tahun. kali terakhir beliau menang anugerah ini pada 2008. 

Ronaldo menang dengan memperoleh 27.99 peratus undi mendahului Messi (24.72%) manakala Ribery di tempat ketiga (23.36%), demikian menurut Persatuan Bola Sepak Perancis yang menjadi penganjur bersama Ballon d'Or bersama FIFA.