Published 4:16 AM by

Pesawat Air Asia Hilang


Disaat Negara mengalami bencana banjir yang paling buruk, kita digemparkan dengan kehilangan pesawat Air Asia Indonesia yang membawa 162 penumpang dan anak kapal dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapore.

Menurut Detik.com, pesawat itu berlepas pada 5.20 pagi (waktu indonesia) dan dijangkakan tiba di Singapore pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan. Pesawat tersebut dilaporkan hilang di perairan Belitung. 

Usaha mencari kini sedang giat dijalankan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Indonesia. AirAsia sudah menubuhkan Pusat Talian Kecemasan kepada keluarga dan waris penumpang dan mereka boleh menghubungi talian itu di +622129850801.

Difahamkan, seorang rakyat Malaysia berada di dalam pesawat tersebut.
Read More
Published 9:16 PM by

Gambar-gambar banjir di Kelantan


Banjir di Kelantan, nampaknya semakin buruk dengan kebanyakkan tempat di Negeri ini dinaiki air, terutamannya yang berdekatan dengan sungai. 

Setakat hari ini, 25 Dis 2015..mangsa banjir masih lagi meningkat dengan pertambahan pusat2 pemindahan. Teruk terjejas bandar Kota Bharu, tanah merah, pasir mas, dan bandar- bandar sekitar.




Di kuala krai dan Gua musang masih lagi tidak berubah, dengan peningkatan air di sungai-sungai utama.












Read More
Published 5:38 PM by

Badhri Radzi AFF Suzuki 2014


Khidmat Pemain TRW, Mohd Badhri Radzi akan digunakan bagi menggerakkan jentera tengah pasukan harimau Malaya, khamis ini bagi membantu pasukan negara berdepan pasukan Vietnam..Pada pusingan pertama Malaysia tewas 2-1 dengan aksi yang tidak begitu meyakinkan. 

Amri yahyah juga akan diturunkan bagi menguatkan jentera serangan, begitu juga dengan Indra yang dilihat begitu menyerlah dengan kemasukkannya pada babak kedua perlawanan menentang vietnam tempoh hari. Indra banyak membuat larian dan cubaan berbahaya. Kemungkinan Dollah Salleh akan memberi peluang kepada Indra untuk berada di kesebelasan utama bersama Piya..

Walauapapun, diharapkan pasukan negara tidak begitu tertekan dan bermain dengan bersemangat demi maruah negara..
Read More
Published 6:37 PM by

PLAT MUMMY ?



Pemilik kenderaan MUMMY atau MCM1774, Kathy Fauziah di saman JPJ dalam satu sekatan jalan raya di lebuh raya DUKE ekoran menggunakan nombor yang tidak mengikut spesifikasi JPJ. Kereta jenis Audi A5 yang dipandu beliau adalah hadiah daripada anaknya Shahiezy Sam. 

Akur dengan kesalahan tersebut, Ibu Shahiezy Sam segera menukar plat nombor ke bentuk asal dan tidak akan mengulanginya lagi..fobia dengan insiden tersebut beliau agak takut untuk memandu lagi lepas ini dan menasihati rakan-rakan artis supaya patuh kepada undang-undang jalan raya.


Read More
Published 8:12 AM by

Orang Paling Kaya di Malaysia


Berikut adalah senarai Orang yang paling kaya di Malaysia menurut Forbes. Siapa tak kenal dengan Robert Kuok dan Ananda Krishnan..Cuba anda lihat jumlah kekayaan mereka melebihi $10 billion!! Apa yang mereka lakukan untuk mendapat kekayaan sebegini banyak!!. Semestinya dengan perniagaan, peladangan, hartanah dan sebagainya..

Antara lain ialah Lim Kok Thay (casinos), Quak Leng Chan (banking, real estate), Teh Hong Piow (banking), Lee Shin Cheng ( palm oil, real estate ), Syed Mokhtar Albukhary ( diversified), Yeoh tiong Lay ( contruction, power, real estate ), dan tak lupa juga Vincent Tan (diversified)



Read More
Published 12:40 AM by

Harga baru Ron95, Ron 97 dan Diesel


Kerajaan hari ini menetapkan harga bagi minyak petrol RON95 bagi bulan Disember 2014 dikurangkan sebanyak 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter manakala harga bagi ron 97 dikurangkan sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter, walaubagaimanapun harga bagi diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter ( kenaikan sebanyak 3 sen ).
Penetapan harga baru ini berkuat kuasa hari ini selaras pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal harga petrol dan diesel di negara ini. Kenyataan ini diumumkan oleh menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.


Read More