Published 4:39 PM by

GEMPAR ! PUMP-GUN BUNUH PEGAWAI OPERASI AMBANK DITEMUI..


Pump-Gun yang digunakan dalam pembunuhan pegawai Ambank ketika rompakan di bank itu bulan lepas, telah ditemui oleh pasukan polis hari ini, ekoran penangkapan Suspek Utama. Menurut sumber polis senjata api jenis 'pump gun' itu ditemui di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Selain pump gun, polis juga menemui sekotak peluru. Penemuan tersebut, hasil soal siasat ke atas suspek utama yang diberkas oleh polis semalam. Namun begitu, rakan suspek, masih lagi bebas dan diburu pihak polis.