Published 6:08 AM by

FIZO DAPAT HADIAH HANTARAN MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI..DUCATI MF120


Majlis Perkahwinan Fizo Omar dan pasangannya Mawar berlangsung dengan meriah. Akad nikah berlangsung sekitar jam 9.32 pagi 10 November dengan sekali lafaz. Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan oleh jurunikah yang merupakan Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat, Encik Mohd Arif Abdul Samad, sebelum berlangsung majlis ijab kabul, telah berlangsung satu majlis berinai sekaligus meraikan para pekerja Butik Fareeda.
Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, Motosikal Ducati, plat moto MF 120 dan jaket kulit.
Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.
Pasangan pengantin baru ini juga memaklumkan yang mereka akan terbang ke benua Eropah untuk berbulan madu. Tahniah buat Fizo Omar & Mawar sekeluarga atas ikatan perkahwinan ini, semoga kekal bahagia selamanya