Published 12:40 AM by mobile262

Harga baru Ron95, Ron 97 dan Diesel


Kerajaan hari ini menetapkan harga bagi minyak petrol RON95 bagi bulan Disember 2014 dikurangkan sebanyak 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter manakala harga bagi ron 97 dikurangkan sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter, walaubagaimanapun harga bagi diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter ( kenaikan sebanyak 3 sen ).
Penetapan harga baru ini berkuat kuasa hari ini selaras pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal harga petrol dan diesel di negara ini. Kenyataan ini diumumkan oleh menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.