Published 10:20 PM by mobile262

HARIMAU MALAYA MESTI MENANG

Untuk perlawanan timbal balik di Bangkok, Khamis ini, Malaysia perlu mencari kemenangan untuk menghidupkan kembali peluang mempertahankan trofi yang dimenangi dua tahun lalu. Aksi cemerlang anak buah Rajagobal menentang Thailand malam tadi bolehlah dianggap yang terbaik meskipun kehilangan beberapa tonggak utama seperti Wan Zack dan Shakir. Harimau Malaya tampak lebih berbisa dengan beberapa cubaan yang hampir-hampir menambah jaringan selepas jaringan cantik Mat Yo melalui hantaran Mahali Jasuli, namun nasib tidak meyebelahi. Walaubagaimanapun perjuangan belum lagi selesai..ayuh Harimau Malaya! Tunjukkan taring yang sebenar.