Published 3:37 PM by mobile262

Pengawal keselamatan dihukum gantung sampai mati

Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang gadis berumur 16 tahun pada Jun 2011. Dalam keputusannya, Hakim, Datuk Abdul Halim Aman mendapati pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah dan keterangan tertuduh, D Kalaiselvan, 47, bersifat penafian tanpa bukti kukuh. Berdasarkan fakta kes, dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi hingga jam 2.50 pagi, 18 Jun 2011, di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Jalan-Masai di sini, tertuduh telah membunuh seorang pelajar sekolah menengah, Nur Rahayu Qomarodin, 16.Kalaiselvan yang diwakili peguam Md Zahar Ngah, didapati bersalah dan dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.