Published 9:44 PM by mobile262

Gambar kahwin Izzul Islam-Terkini


Anggota kumpulan Fourteen, Muhammad Izzul Islam Mazlan,24 atau Izzue Islam telah selamat dinikahkan dengan pasangannya Nurinafilah Waharudin,27 di Dewan N'dah Shah Alam di sini pada jam 9.45 pagi tadi.Dengan hanya sekali lafaz, Izzue telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit dengan maskahwin berjumlah 11 dinar.Izzue telah memberikan wang hantaran bernilai RM 11,11111 dan menyerahkan 7 dulang hantaran kepada isterinya itu, seterusnya di balas dengan 8 dulang hantaran daripada pihak perempuan.Cukup simbolik kerana tarikh pernikahan diambil sempena tarikh hari lahir Izzue yang ke 24 pada hari ini.