Published 12:51 AM by mobile262

TERKINI- PBNP DAN JDT TERIMA PADAH

Kelana Jaya: Insiden kekecohan penyokong sehingga menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam kelmarin, terpaksa ditunda, membawa padah kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) apabila didenda maksimum RM100,000.Lebih memeritkan apabila pasukan kendaliannya, Pahang diarahkan beraksi menentang Johor Darul Takzim (DT) pada perlawanan separuh akhir kedua di gelanggang berkecuali, Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini dalam keadaan cuaca panas. Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) juga tidak terkecuali apabila Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengadakan mesyuarat khas, semalam turut memutuskan didenda RM20,000 kerana insiden berkenaan.