Published 1:26 AM by mobile262

Pembunuh Susilawati Dihukum Gantung!


Shah Alam: Bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang dihukum mati kerana membunuh empat individu termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Banting dekat sini, tiga tahun lalu, disifatkan Hakim Datuk Akhtar Tahir sebagai penjahat profesional.Ketika membacakan penghakimannya di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam Akhtar berkata, keempat-empat tertuduh, Pathmanabhan, 43, T Thilaiyalagan, 21, R Matan, 22, dan R Kathavarayan, 33, adalah contoh penjenayah kejam yang tidak mengenal mangsa sama ada golongan miskin atau orang kenamaan.“Kes ini menunjukkan plot (pembunuhan) ngeri yang dilaksanakan Pathmanabhan dan konco-konconya dengan cara yang paling dahsyat sekali,” katanya. Akhtar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas keempat-empat tertuduh selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.