Published 2:05 AM by

Menteri Besar Selangor Milik Siapa ?


Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menyaksikan penyusutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) di Selangor.

Yang mengejutkan, kekalahan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang tewas kepada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Hanipa Maidin dengan majoriti tipis sebanyak 1,104 undi.

PAS dijangka akan memiliki jawatan eksekutif kerajaan negeri Selangor apabila parti itu menang besar dengan memenangi 15 kerusi DUN sama dengan DAP. Namun undang-undang negeri memperuntukkan jawatan Menteri Besar hanya boleh disandang oleh ADUN dari kalangan Melayu dan beragama Islam.

Walaubagaimanapu dijangkakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memegang pemerintahan Selangor untuk penggal kedua.