Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengatakan perkara ini kepada ahli-ahli Umno pada majlis Taklimat Presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, petang ini sempena AGM kali ini.
"Datuk Seri Najib sudah mengatakan dengan jelas PRU13 bukan bulan depan. Beliau berkata 'oleh kerana ini majlis tertutup, saya boleh memberitahu (anda) pilihan raya bukan bulan Disember'... jadi, pasal pilihan raya, ini bayangan yang jelas, yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib,
"PRU13 akan diadakan tahun depan" sambil merujuk kepada tempoh sama ada antara Januari atau April, atau "dalam tempoh dua bulan selepas itu."
"Kita ada antara Januari dan April dan tambahan 60 hari lagi... itu kata Datuk Seri Najib," kata seorang lagi pemimpin bahagian merujuk kepada tempoh dua bulan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh pilihan raya.