Published 3:49 AM by

Hadiah Istimewa Sempena Hari Guru 2014


Dipetik daripada BERNAMA, Netbook 1Malaysia akan turut dihadiah kepada warga pendidik bagi menghargai golongan itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam catatan laman Facebooknya, beliau berkata, perkara itu telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu lalu.

Buat permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerimanya. "Ini adalah hadiah Hari Guru kami untuk guru-guru seluruh negara. Guru tonggak kemajuan negara. SelamatHari Guru," katanya merujuk kepada sambutan Hari Guru hari ini.

Sebagaimana yang telah diketahui Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar. Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan.