Published 5:48 PM by mobile262

HUJAN METEOR DI MALAYSIA 2013


TERKINI; Agensi Angkasa Negara (AAN) memaklumkan langit Malaysia dihujani dan diterangi dengan juraian hujan meteor Geminids bermula 13 hingga 17 Disember ini. Menurut sumber daripada Unit Komunikasi Korporat AAN, dianggarkan sebanyak 120 juraian meteor sejam dapat dilihat pada waktu kemuncak iaitu bermula dari awal pagi 13 hingga 14 Disember ini.
Kejadian yang jarang-jarang berlaku ini boleh disaksikan dengan mata kasar dan bagi anda yang berminat untuk menyaksikan sendiri hujan meteor ini, pandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam hingga subuh di kawasan yang lapang dan gelap.
Bagaimanapun, kata kenyataan itu, disebabkan keadaan cerah langit oleh cahaya bulan, ia akan menghadkan kenampakan meteor kepada 50 hingga 80 meteor sejam.
AAN dalam pada itu orang ramai turut berpeluang menyaksikan planet Musytari, Marikh, Buruj Belatik, Taurus, Gemini, Cassiopeia, Pegasus, Canis Major, Leo, Virgo, dan Gugusan Bintang 7 (Pleiades) dengan mata kasar pada waktu tersebut.
Kepada mereka yang mempunyai teleskop, anda boleh menyaksikan Great Orion Nebula.