Published 4:33 PM by mobile262

KERETA PM KENA LANGGAR DI PARLIMEN


Seorang Pemuda menghadapi detik cemas apabila dengan tidak sengaja melanggar kereta PM Datuk Seri Najib Tun Razak di laluan masuk ke bangunan parlimen untuk mengambil pas keselamatan, Walaubagaimanapun perlanggaran itu tidaklah teruk sangat pun.
Lelaki berusia 20-an itu dikatakan terlupa menarik brek tangan kereta Volvonya menyebabkan kereta itu terundur dan terlanggar kereta Proton Perdana yang dinaiki Najib, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi, bagaimanapun tiada kerosakan pada kedua-dua kereta, katanya.