Published 7:37 AM by

TERKINI; Guru dan lelaki Pakistan didakwa rakam video lucah


Seorang guru wanita di salah sebuah sekolah rendah dan seorang peniaga pakaian warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Air Keroh, Melaka, atas dakwaan membuat filem lucah di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama di sini November lalu. Guru tersebut yg juga merupakan penolong kanan , Lizah Buang, 49, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.Kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kesopanan awam itu di pangsapuri tersebut pada pukul 8.30 pagi 16 November lalu.Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.