Published 10:48 PM by mobile262

MESSI ATAU NEYMAR?


Lionel Messi percaya dia dan Neymar mampu membawa Barcelona ke satu tahap baharu meskipun pemain legenda kelab itu, Johan Cruyff memberitahu bahawa kapten Argentina tersebut mungkin akan dijual bagi memberi laluan kepada bintang Brazil berkenaan.

Sebelum ini, bekas bintang Ajax dan Belanda itu menjelaskan bahawa Barca mungkin terpaksa menjual pemenang empat kali anugerah Ballon d'Or winner tersebut setelah membawa Neymar ke Nou Camp dengan harga £48 juta (RM230.6 juta).

Untuk rekod , Neymar pernah menjaringkan 43 gol dalam 47 penampilannya buat Santos di Brazil.
Bagaimanapun, Messi berjaya mengatasi pencapaian tersebut pada 2012-13 dengan meledakkan 50 gol dalam 60 perlawanan buat Barca.

Kedua-dua pemain ini mempunyai skill bola yang hebat, Neymar dan messi mempunyai bakat semulajadi. Penampilan pemain ini sering kali menjadi buah mulut dalam perlawanan bola sepak di seluruh dunia.