Published 8:52 PM by mobile262

PIALA MALAYSIA 2013 - KELANTAN DALAM KUMPULAN MAUT


Pasukan Kelantan (TRW) yang merupakan JUARA bertahan Piala Malaysia, dijangkakan akan  berdepan tugas sukar untuk mengekalkan piala Malaysia untuk 2 tahun berturut-turut apabila diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara.  

   

Juara Piala FA 2013 itu diundi dalam kumpulan C bersama dua jiran mereka iaitu Pahang dan Terengganu selain juara tiga kali, Negeri Sembilan. Manakala Juara Liga Super, Lions XII FC sebaliknya berpeluang cerah untuk menempah slot ke suku akhir berdasarkan faktor kelebihan beraksi di atas padang rumput tiruan di Singapura walaupun diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara Liga Perdana, Sarawak serta Perak dan Kedah.

Bagi pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) bakal berdepan dengan pasukan berstatus kelab iaitu Selangor PKNS FC, T-Team dan Felda United FC. JDT Sudah pasti ingin menebus kekecewaan mereka dengan meraih kejuaraan PIALA MALAYSIA Kali ini.
   
Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia hanya dijadualkan bermula pada 20 Ogos ini untuk memberi laluan kepada pasukan Kelantan dan ATM yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia    (FAM) - Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 12 dan 13 Ogos.