Published 9:21 PM by mobile262

Kelantan Menang 2-1 ke atas ATM


Kelantan Seperti yang dijangkakan beraksi dengan cemerlang apabila berjaya menewaskan ATM 2-1 di tempat lawan. Berbekal kemenangan 2-1 di Stadium Selayang, malam tadi, Kelantan memiliki peluang lebih baik untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia pada aksi separuh akhir kedua di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Muhammad IV pada 25 Oktober ini. 

Bagi kelantan Mohd Nor Farhan muncul sebagai wira Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-79. Walaubagaimanapun aksi yang dipamerkan kedua-dua pasukan amat menakjubkan apabila kedua-dua pasukan saling berbalas asakan. Namun jentera pasukan kelantan dilihat agak mantap dengan melakukan sedikit kesilapan. 
Bagi jurulatih ATM, B. Sathianathan berkata, kehilangan Amiridzwan Taj yang digantung perlawanan serta Irwan Fadli Idrus yang terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan telah memberi kesan kepada benteng pertahanan pasukannya.
Perlawanan kedua nanti pasti akan menjanjikan yang terhebat dan mendebarkan ..sama-sama kita saksikan nanti.