Pada Bajet Kali ini, CUEPACS sekali lagi mengemukakan empat cadangan kepada kerajaan iaitu berkaitan pinjaman perumahan, Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tahunan dan Elaun Sara Hidup (COLA).
Dalam bajet kali ini Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap 1.4 juta penjawat awam akan mendapat faedah daripada Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan, Oktober depan.
Menurut Presidennya Datuk Omar Osman berkata kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini.
Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini.
Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.
Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah.