Published 6:59 AM by

Google Maps Street View Malaysia


Pemandangan Imej di Sepanjang Jalan di Malaysia kini dapat dilihat secara realiti tidak lagi secara 3d atau imej setelit. Dengan Google Street View, anda boleh menyaksikan panorama disekeliling jalan di Malaysia. Kini Hampir 90 peratus imej pemandangan yang didapati di sepanjang jalan-jalan Semenanjung Malaysia kini boleh dilihat di Google Street View dari laman peta Google Maps.



Ia termasuk lebuh raya utama dan jalan bertol, jalan negeri, pusat bandar dan kawasan kejiranan. Menurut google Malaysia, google street view akan dikemaskini untuk satu atau dua bulan dan akan bergerak ke Sabah dan Serawak untuk perancangan yang akan datang.




Inilah dia antara kenderaan dan alatan yang digunakan dalam pembangunan Google Street View. Kereta Street View mula bergerak pada tahun lepas untuk merakam gambar pemandangan jalan raya dan lebuh raya di Malaysia.

Manakala bagi kawasan-kawasan bukan jalan utama (off road), mereka menggunakan ' Street View Treker' dengan menggunakan sistem kamera yang diletakkan pada beg sandang. Bagi pemandangan laut, mereka mengunakkan bot untuk merakam imej persekitaran.