Published 9:31 AM by mobile262

Bukit Bintang di Bom !


Bukit Bintang, hari ini dikejutkan dengan insiden membaling Bom, awal pagi semalam yang mengakibatkan Seorang terbunuh dan 14 lagi cedera. Menurut ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng turut mengesahkan bahawa sasaran ditujukan kepada individu tertentu. 

Menurut penyiasatan polis, mangsa yang meninggal dunia ialah pekerja joki kereta, Tiong Kwang Yie, yang cedera parah dalam kejadian membaling bom tersebut. Ketua Jabatan Kecemasan HKL, Datuk Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata, senarai penuh mangsa insiden bom yang dihantar ke HKL masih belum dapat disahkan kerana beberapa maklumat masih belum diperoleh.

Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut.

Pasukan polis akan menyiasat apakah motif disebalik kejadian yang berlaku.