Jus daun betik dikatakan mampu menawar penyakit demam denggi yang sekarang ini semakin menular dan mengalami peningkatan yang mendadak. Bagi seseorang yang menghidapi demam denggi anda akan mengalami perkara-perkara berikut;
1. Demam pada hari ke 3 hingga ke 14 selepas digigit nyamuk yang dijangkiti. Suhu badan biasanya dapat mencecah 40-41 C dan berlarutan 2 hingga 7 hari.
2. Pesakit kebiasaanya akan mengalami sakit kepala yang teruk dan sakit otot dan sendi.
3. Ruam pada badan selepas 3 dan 4 hari demam
4. Muntah dan kurang selera makan.
Walaupun tiada ubat khusus untuk pesakit demam denggi. Pesakit hanya akan dimasukkan ke wad sekiranya mengalami demam denggi berdarah dan diberikan rehidrasi untuk memastikan betiau tidak mengalami renjatan.
Antara penawar yang biasa diamalkan oleh masyarakat negara kita ialah denganmengamalkan meminum jus daun betik. Ini terbukti dengan surat edaran kepada pengarah Hospital..anda boleh baca dibawah.
Walauapapun, penawar ini bukanlah ubat khusus untuk pesakit demam denggi, namun ia adalah salah satu langkah alternetif untuk penyakit ini. Sekiranya anda ingin menyediakan jus daun betik..sila rujuk pada gambar diatas.