Syarikat Applel hari ini telah memperkenalkan dua varian iPhone baharu iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. Menurut pegawai Aksekutif Apple, Tim Cook, dua jenis model telefon bimbit itu akan menggantikan model terdahulu, iaitu iPhone 5 ekoran persaingan hebat telepon pintar terutamanya pesaingnya Samsung.
iPhone5S merupakan telefon pintar yang amat hebat kerana dilengkapi chip pemprosesan A7 yang lebih laju berbanding dengan iPhone5 yang dahulu, sesuai untuk mereka yang gemarkan games dengan grafik yang tinggi. Ini kerana iphone 5S menyokong - OpenGL ES 3.0. Selain itu Peningkatan sehingga 10 jam masa berbual atau 40 jam bagi mendengar muzik serta didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu perak, emas dan kelabu angkasa.
Manakala, iPhone 5C yang dihasilkan untuk pasaran pertengahan hadir dengan storan terbina dalaman sebanyak 16 gigabait, binaan berasaskan plastik polikarbonat serta didatangkan dengan lima pilihan warna termasuklah biru, putih, merah jambu, kuning dan biru
Harga untuk kedua-dua varian iPhone ini belum dipastikan lagi, mungkin dalam lingkungan RM 2,100-RM3,000.