Published 8:14 AM by

Troussier Bakal Pengganti Rajagobal?


Teka-teki siapakah bakal penganti Rajagobal sebagai  ketua jurulatih Harimau Malaya kembali hangat diperkatakan apabila bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier dilapor semakin hampir mengambil alih tempat Datuk K. Rajagobal.
Menurut sumber, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menawarkan Troussier, 58, untuk mengemudi skuad Harimau Malaya dengan menawarkan gaji bulanan sebanyak AS$18,000 (RM59,000).
walaubagaimanapun Troussier dikatakan hanya akan menerima jawatan itu jika ditawarkan pendapatan tahunan sebanyak AS$1.52 juta (RM5 juta) yang menyaksikan dia bakal meraih gaji bulanan berjumlah AS$126,805 (RM416,000).
Selain Troussier, FAM telah menerima 37 lagi permohonan dari dalam dan luar negara, bagi menggantikan Rajagobal dalam usaha menaikkan imej pasukan bola sepak Malaysia.