Published 10:35 PM by

Minyak Naik Lagi ?


Selang beberapa hari harga petrol RON 95 dan diesel diumumkan, esok bermula kenaikan secara menyeluruh untuk harga bahan api apabila RON97 turut dinaikan sebanyak 15 sen seliter.Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng yang dihubungi satu portal berita hari ini.

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.



Ini merupakan peningkatan harga pertama untuk petrol RON97 selepas harga runcitnya meningkat 20 sen pada Mac lalu.Harga runcit berkenaan turun 20 sen selepas pilihan raya 5 Mei.Harga RON97 mencatat paras tertinggi RM3 seliter pada September 2012.