Published 8:30 AM by mobile262

keputusan perlawanan Kelantan vs ATM 29 mac 2013


keputusan perlawanan memihak kepada kelantan. kelantan (3) ATM(2). Separuh masa pertama, kelantan medahului 2-0, Kedua-dua gol adalah hasil kurang persefahaman antara barisan pertahanan ATM. Walaubagaimanapun, ATM dilihat lebih banyak menguasai permainan dan sering mengasak kubu Kelantan. Paling menarik aksi terbaik dan cemerlang penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menghalang cubaan ATM dan sepakan penalti Marlon Alex James pada minit ke-4.
Aksi separuh masa kedua memang mendebarkan. ATM berjaya menyamakan kedudukan menerusi Marlon Alex James dengan golnya pada minit 54 dan 63. Kelantan kembali mengatur gerak untuk melakukan serangan dan seringkali berbalas serangan dengan ATM. Akhirnya Kelantan berjaya memperoleh gol menerusi Norfarhan pada masa kecederaan setelah masuk menggantikan Faiz Subri.