Published 4:39 PM by mobile262

Langkah membuat aduan komunikasi


Jika anda mengalami apa-apa masalah berkaitan syarikat telekomunikasi, antara langkah yang perlu diambil mungkin dengan melayari laman web SKMM dan kemudian segera ke bahagian menu.Bermula di menu terbabit, terdapat ikon ‘Dropped Calls’ dan klik pada ‘Make a Complaint’ yang menyenaraikan borang ‘online’ yang boleh diisi terus di bawah senarai ‘Dropped Call Feedback’.Namun, pengguna perlu memasukkan maklumat yang memberitahu de­ngan jelas masalah dropped calls seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon dan operator telekomunikasi yang digunakan.Pada masa sama, anda perlu mengingati maklumat lain yang penting seperti lokasi tempat panggilan anda sering terganggu secara tepat dengan melihatnya di Google Maps.Anda boleh memasukkan lokasi daripada Google Maps terbabit untuk diteliti terutama berkaitan perincian lokasi.Malah, maklumat lain juga perlu dipastikan seperti bandar, kampung atau alamat jalan.Mungkin lebih baik jika anda berupaya untuk merakam foto lokasi tempat ia berlaku dan sekiranya lokasinya berubah, ambil beberapa foto berbeza.Setakat ini, hak untuk menyelesaikan masalah ini boleh didapati melalui ‘hak anda sebagai pengguna’ dan ‘hak untuk menyelesaikan aduan’.